Hidup
-------
Khabarkan padaku
tujuan apakah hidup ini
pencarian apa mahu dijejak
agar bisa aku tahu
bila jawapanmu nanti tersasar
dan pasti akan kukongsi pendapat
biar kita sama-sama tahu
bahawa hidup itu hadir
dalam desah nafas panjang
dan nafas itu nanti kan terhenti
lalu kita bukan lagi dalam hidup
namun akan tetap ada cerita tentang hidup
bahawa
hidup bukan saja untuk bernafas
pun bukan saja untuk celik semata
hidup itu untuk diharungi
hidup untuk ditempuhi dengan kesabaran
dek nantinya akan ada terjahan dugaan
hidup itu kena diladeni asam garamnya
bahtera belayar di samudera hidup
kan ketemu badai dan taufan
jua bersapa wayu menderu
yang tidak terjangkakan
lesu atau ganas nanti puputnya
dan cerita tentang hidup
pun boleh berakhir dengan satu noktah
juga dua, tiga atau juta
dan cerita tentang hidup
juga boleh jadi sebuah cerita
tanpa penghujung!
*By Ein Kavakchi - Kavakchi@hotmail.comHidup itu adalah satu perjalanan yang panjang...pun demikian, sampai waktu kita pasti akan sampai ke terminal terakhir...
-------
Khabarkan padaku
tujuan apakah hidup ini
pencarian apa mahu dijejak
agar bisa aku tahu
bila jawapanmu nanti tersasar
dan pasti akan kukongsi pendapat
biar kita sama-sama tahu
bahawa hidup itu hadir
dalam desah nafas panjang
dan nafas itu nanti kan terhenti
lalu kita bukan lagi dalam hidup
namun akan tetap ada cerita tentang hidup
bahawa
hidup bukan saja untuk bernafas
pun bukan saja untuk celik semata
hidup itu untuk diharungi
hidup untuk ditempuhi dengan kesabaran
dek nantinya akan ada terjahan dugaan
hidup itu kena diladeni asam garamnya
bahtera belayar di samudera hidup
kan ketemu badai dan taufan
jua bersapa wayu menderu
yang tidak terjangkakan
lesu atau ganas nanti puputnya
dan cerita tentang hidup
pun boleh berakhir dengan satu noktah
juga dua, tiga atau juta
dan cerita tentang hidup
juga boleh jadi sebuah cerita
tanpa penghujung!
*By Ein Kavakchi - Kavakchi@hotmail.comHidup itu adalah satu perjalanan yang panjang...pun demikian, sampai waktu kita pasti akan sampai ke terminal terakhir...
