THORIQ ALLAH
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di sanalah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas lagi sentiasa Mengetahui. [Al-Baqarah: 115]
Alhamdulillah....bermula segala puji-puji yang empat itu kembali kepada Allah Taala, Tuhan Yang Wajibal Wujud, Tuhan yang Zhohir di dalam BatinNya dan Tuhan Yang Batin di dalam yang ZhohirNya.
Telah dibukakan petunjuk-petunjuk dan kenyataan akan hakikat segala sesuatu itu pada pada hati-hati yang seumpama lembah menerima air hujan dari langit, lalu membenih, bertunas dan menyuburkan pohon-pohon kayu yang mengeluarkan buah-buahan yang masak ranum, manis dan lazat seperti firman Allah Taala yang bermaksud:
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya .[Al-Haj:63]
Seorang Arifbilllah pernah berkata kepada saudaranya pada Allah Taala ;
Ketahuilah olehmu, telah diberi petunjuk akan kamu oleh Allah Taala bahawasanya jalan kepada Allah Taala itu dengan sebilang-bilang segala nafas sekelian makhluq Allah.
Isyarat ini ditujukan kepada Salik yang sedang dalam perjuangannya menuju kepada Allah. Bukan apa,....sekadar untuk memperingati bahawa;
Jangan dipersempitkan jalan ini.
Mengamalkan thoriqat-thoriqat yang khususiah pun jalannya [malah jalan yang paling utama]. Qiyam di waktu malam yang sunyi pun juga jalannya. Bersedekah, mengaji Agama, membaca Al-Qur'an, berpuasa, bertafakur, bermuraqobah, bermusyahadah pun dari jalan-jalannya juga. Perbezaannya cuma pada cara dan adab-adabnya, atau pun dari umum dan khususiahnya; tapi dari tujuan ianya adalah sama. Untuk sampai kepada Allah.
Jangan dinafikan nafas-nafas(jalan-jalan) yang lain kerana nafas makhluq yang ada ini adalah tanda-tanda yang jelas menunjukkan Wujudnya Allah. Pendhohiran yang sama dari A'yan Saabitah. Kemana sahaja kamu menghadapkan wajahmu...di situ ada kewujudan Allah. Apakah perlu dicari Allah itu dengan semata-mata bersuluk? atau apakah Allah itu akan ditemui dalam dawamnya zikrullah pada lisan atau sir?. Tidak.....bukan semata-mata begitu jalannya. Seorang Wali Allah pernah berkata.;
Apa sahaja yang membawa anda kepada Allah, itu adalah agama, dan apa sahaja yang menjauhkan diri anda daripada melihat Allah, itu adalah dunia.
Ini samalah maksud dengan kemana sahaja engkau hadapkan, di situlah terserlah wajah Allah.
' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju agama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '."[Surah Yunus: 105]
Membebaskan diri dari musyrik bukanlah semata-mata bermakna, membebaskan kekangan nafsu dengan melakukan banyak mujahadah dengan banyak beribadat dan berzikir kepada Allah, sedangkan diri masih menerawang dan meraba-raba mencari Allah. Mujahadah hanyalah salah satu jalan(nafas) antara jalan-jalan(nafas-nafas) yang boleh membawa anda kepada Allah. Tujuan akhirnya ialah untuk sampai kepada Allah (Wasil ilallah). Banyak lagi jalan-jalan lain sebagaimana bilangan nafas yang ada. Orang yang Wasil ialah mereka yang melihat Allah dengan Allah, dari Allah kepada Allah dan kerana Allah. Jika demikian...benarlah apa yang disyaratkan oleh satu golongan dari Ahli Tasauf
Mujahadah ialah permainan kanak-kanak, dan memerhatikan yang Allah ada di mana sahaja adalah perjuangan.
Anda jangan terkeliru di sini.
Suluk.
