Terkini  Popular    Mula Topik

Allah Beri Jalan Kepada Kita 4 Jalan (sambungan)

2005-06-24 15:40:31
Oleh
rahmat
Allah beri jalan kepada kita 4 jalan
1.Jalan syariat
2.Jalan tarikat
3.Jalan hakikat
4.Jalan Makrifat

Syariat itu apa kepada rasul
Tarikat itu apa kepada rasul
Hakikat itu apa kepada rasul
Marifat itu apa kepada rasul

Syariat itu perkataannya
Tarikat itu jalannya
Hakikat itu kediamannya
Marifat itu lengkap meliputi nya.

Syariat itu apa kepada kita dan apa zikirnya
Tarikat itu apa kepada kita dan apa zikirnya
Dan Hakikat itu apa kepada kita dan apa zikirnya
Dan makrifat itu apa kepada kita dan apa zikirnya.

Syariat itu tubuh kepada kita, zikirnya lailahaillallah.
Tarikat itu hati kepada kita dan zikirnya Allah, allah.
Hakikat itu nyawa kepada kita, zikirnya ya allah, ya allah
MAkrifat itu rahsia kepada kita, zikirnya ya huu, ya huu

Di mana istana syariat
Di mana istana tarikat
Di mana istana hakikat
Di mana istana makrifat

Istana syariat itu lidah
Istana tarikat itu hati
Istana hakikat itu nyawa
Istana makrifat itu lengkap meliputi kepada sekelian tubuh badan.

Syariat itu kejadian pada apa
Tarikat itu kejadian pada apa
Hakikat itukejadian pada apa
Makrifat itu kejadian pada apa.

Kejadian syariat itu dari air
Kejadian tarikat itu dari angin
Kejadian hakikat itu dari bumi
Kejadian makrifat itu dari api.

Syariat itu dari air yang mana
Tarikat itu dari air yang mana
Hakikat itu dari bumi yang mana
Makrifat itu dari api yang mana

Air itu ialah cahaya nur Muhammad
Angin itu nafas Muhammad
Bumi itu badan Muhammad
Api itu nazar muhammmad

DImaan awal Muhammad
Dimana akhir Muhammad
Dimana zahir muhammmad
Dimana zahir dan batin Muhammad

Awal Muhammad itu nurani, Nyawa kepada kita
Akhir Muhammad itu rohani , hati kepada kita
Zahir Muhammad itu , insani tubuh kepada kita
Batin muhammad itu rabbani, rahsia kepada kita.

Makrifat itu beberapa perkara, bermula makrifat itu 3 perkara,

1. Makrifat syariat
2. Makrifat tarikat
3. Makrifat hakikat

Apa beza antara 3 perkara itu

1. Makrifat orang syariat itu ialah mengenal segala hokum yang zahir seperti mengenal halal dan haram, sah dan batal, makruh, fardu dan sunat rukun dan syarat-syarat.
2. Makrifat orang tarikat itu ialah mengenal barang yang seni-seni seperti riak, ujub dan sebagainya (sifat mazmumah iaitu sifat yang dicela) Mengenal kasih saying Allah akan hambanya dan mengenal baik dan jahat dan zahir dan batin.
3. Makrifat orang hakikat itu iaitu tiada terdinding yang zahir dan batin dan tiada terdinding yang batin akan yang zahir.

Yang mana dinamai syariat
Yang mana dinamai tarikat
Yang mana dinamai hakikat
Yang mana dinamai makrifat


1. Adapun dinamai syariat itu engkau sembah akan Allah dan engkau engkau kerjakan segala suruhannya dan syarak dan engkau jauhkan segala yang ditegah oleh syarak.
2. Tarikat itu engkau sahaja akan Allah taala akan ilmu dan amal dan engkau amalkan akan barang yang engkau ketahui.

4. Adapun dinamai hakikat itu iaitu seperti engkau pandang Allah taala dengan cahaya yang pada sama tengah hatimu.

5. Adapun dinamakan makrifat itu lengkap meliputi segala badan.






Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my