Terkini  Popular    Mula Topik

Mutiara Kata - Keluhuran Budi Pekerti

Oleh shinna
pada 2005-06-07 12:30:07


1. Sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan, sedangkan syaitan dijadikan dari api dan memadamkan api adalah air, apabila marah salah seorang kamu, maka hendaklah ia mengambil wuduk. (hadith)

2. Mata dari tubuh tempatnya di kepala dan mata dari jiwa tempatnya di hati, tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit, yang paling sakit ialah jiwa yang dipukul, kerana yang dikatakan manusia ialah jiwanya sedangkan tubuh hanya tempat persinggahan sementara.

Mata hati dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat dengan mata biasa. Kerana penglihatan mata hatilah Nabi Ibrahim tidak gentar dibakar, dan Masitah tidak gentar direbus oleh Firaun. (Shuhada)

3. Peliharalah lidah sewaktu berbicara, kerana perkataan itu adalah semacam anak panah apabila sudah terlepas dari busurnya sukar untuk kembali.

4. Tiga macam jatuh manusia :-

1. Jatuh tupai, iaitu jatuh yang menguntungkan kerana semakin jatuh ia semakin kuat untuk melatih dirinya.
2. Jatuh petai, iaitu jatuh yang tidak merugikan.
3. Jatuh tapai, iaitu jatuh buruk yang berselerak di lantai.


Hargailah orang rendah, ketahuilah bahawa sutera asalnya dari ulat

- hukamak -

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my