Terkini  Popular    Mula Topik

Psikologi Suami Dann Isteri

2005-05-05 12:44:38
Oleh
chuvest
Lelaki dan Wanita
> >
> > Keunikan lelaki dan wanita terletak pada perbezaan mereka. Lelaki dan
> wanita bukan sahaja mempunyai kerangka zahiriah yang berlainan tetapi juga
> emosi dan psikologi yang pelbagai. Manusia diciptakan oleh Allah swt
dengan
> keunikan ini. Lelaki diciptakan daripada tanah dan wanita diciptakan dari
> tulang sulbi lelaki. Perbezaan ciptaan ini juga membawa perbezaan tatacara
> mereka menghadapi masalah dan menyelesaikan masalah. Kita lihat situasi di
> bawah:
> >
> > Ali dan Aminah adalah sepasang suami isteri yang berkerjaya. Ali seorang
> pegawai tinggi syarikat kereta dan Aminah adalah pensyarah di sebuah
> universiti. Pada suatu hari Ali menghadapi kekusutan dalam menyelesaikan
> satu masalah dipejabat. Kemudian ditambah pula dengan kerja persatuannya
> yang belum lagi disiapkan. Aminah sebagai seorang pensyarah sedang
> menghadapi musim peperiksaan pelajar. Dia terpaksa memeriksa kertas
pelajar
> disamping mesyuarat-mesyuarat universiti yang terpaksa di hadiri.Ali
kembali
> ke rumah dan terus ke meja komputer untuk memeriksa internet. Aminah terus
> ke dapur dan membuat minuman untukmereka berdua.
> >
> > Aminah Setelah duduk, Aminah mula menceritakan masalahnya kepada si Ali.
> Perbualan mereka seperti ini:
> >
> > "Banyak betullah kertas nak diperiksa" Ujar Aminah
> >
> > "emm" mata Ali masih tidak berganjak dari dada komputer,
> >
> > "Tak tahulah bila nak siap" Sambung aminah lagi sambil menghirup
kopinya.
> >
> > "Ala, nanti-nanti siapla" ujar Si Ali acuh tak acuh.
> >
> > "Tak boleh" Bantah Aminah.
> >
> > "Boleh. Apa pulak tak boleh. Bukannya susah sangat benda tu. Kalau tak
> boleh awak mintalah tolong si Rahimah ke, Razak ke untuk tolong semakkan"
> Tambah si Ali sambil matanya tidak beralih dari komputer.
> >
> > Si Ali berasa puas kerana telah berjaya menyelesaikan masalah si Aminah.
> Si Aminah semakin tertekan. Dia mencebikan bibir, mengambil kopinya sambil
> berlalu pantas tanda marah
> >
> > "Awak memang tak sayangkan saya. Awak bukannya nak dengar masalah saya.
> Awak lebih sayangkan komputer awak tu!" Ujar Aminah.
> >
> > Ali terkebil-kebil.
> >
> > "aik. Apa salah aku? Bukan aku dengar ke masalah dia tadi?"
> >
> > Ali
> >
> > Sekembalinya Ali dari pejabat, wajahnya menampakkan raut kerisauan.
> Isterinya, si Aminah yang baru menghidangkan air kopi mula berasa risau.
> >
> > "Ada masalah ke bang?"
> >
> > "Biasa je" ujar Ali sambil membuka tali lehernya.
> >
> > "Masalah pejabat ke? Kerja berlambak lagi?" Tanya si Aminah sambil
matanya
> masih lagi tidak beralih dari Ali mengharapkan si Ali akan berkongsi
> masalahnya.
> >
> > "Alah tak de apa-apalah!" Si Ali terus bangkit dari sofanya dan terus ke
> meja komputer dan menekan butang internet.
> >
> > Si Aminah rasa tidak disayangi. Si Ali rasa si Aminah terlalu
membebankan.
> Apa masalah mereka sebenarnya?
> >
> > Ini adalah ragam biasa suami isteri. Tidak dapat dinafikan bahawa
> kedua-dua mereka ini berbeza dalam menyelesaikan masalah.Si suami dengan
> kaedahnya tersendiri dan si isteri dengan kaedahnya tersendiri. Yang
menjadi
> masalahnya, kedua-dua kaedah ini adalah bertentangan dengan satu sama
lain.
> Kalau takut di bakar naga, jangan bermain di mulut gua
> >
> > Bagi setiap wanita, mereka perlu memahami bahawa setiap lelaki mempunyai
> 'gua' dalam hidup mereka yang mereka ciptakan. Kemudian, pintu gua ini
> dijaga oleh seekor naga berapi yang akan menghembuskan apinya kepada
sesiapa
> sahaja yang cuba mendekati gua tersebut. Lelaki apabila menghadapi masalah
> mereka akan masuk ke dalam gua ini. Lelaki adalah lelaki yang mempunyai
ego
> yang tinggi dan cuba untuk menyelesaikan semua masalahnya dengan
> 'kebolehannya' dan 'kekuatan'nya sendiri. Dia tidak suka dibantu melainkan
> dia meminta bantuan. Di dalam gua ini, lelaki akan menghabiskan masa
> memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.
> >
> > Begitulah yang terjadi kepada Ali. Ali menghadapi masalah dipejabat,
> tetapi dia tidak kembali untuk menceritakan masalah tersebut kepada
> isterinya. Sebaliknya dia pergi ke 'gua' tempat dia bertapa untuk
> menyelesaikan masalah. Dalam pada dia cuba untuk melupakan seketika
masalah
> tersebut, dia akan membuat kerja lain seperti internet, membaca email,
> membaca suratkhabar,memancing, bermain golf atau bola dan sebagainya.
Inilah
> kaedah lelaki menyelesaikan masalah. Setelah selesai masalah
> tersebut,barulah mereka keluar dari 'gua' mereka.
> >
> > Bagi perempuan, penyelesaian masalah dilakukan dengan cara menceritakan
> masalah tersebut kepada pasangannya atau apabila pasangannya mempunyai
> masalah, mereka berharapkan pasangannya berkongsi masalah dengan mereka.
> Mereka berkongsi masalah bukan untuk tujuan menyelesaikannya, tetapi
adalah
> lebih kepada meluahkan perasaan yang terbenam di dalam hati. Oleh kerana
> itu, wanita adalah lebih mudah menceritakan masalah mereka dengan wanita
> yang lain berbanding dengan menceritakan masalah mereka dengan lelaki yang
> lain.
> >
> > Dengar sahaja perbualan telefon. Lelaki dengan lelaki jarang menelefon
> untuk menceritakan masalah peribadi melainkan untuk menyampaikan maklumat
> yang perlu disampaikan. Wanita, tidak begitu. Mereka akan menelefon bukan
> sahaja untuk menyampaikan maklumat tetapi berkongsi masalah dan cerita
yang
> membuku di dalam hati mereka. Kerana itu wanita mudah di bawa bercakap
> berbanding lelaki.
> >
> > Bagaimana menyelesaikan konflik ini.
> >
> > Sekiranya lelaki mempunyai masalah, si isteri cenderung untuk
bertanyakan
> masalah tersebut disebabkan ini adalah sifat perempuan. Lelaki tidak suka
> berkongsi masalah disebabkan oleh faktor ego dan 'gua' tebal yang telah
> dibinanya. Sekiranya dia berkata "tak ada apa", "tak apa" atau sewaktu
> dengannya, maka sebaik-baiknya jangan teruskan pertanyaan sehingga lelaki
> tersebut menceritakan sendiri masalahnya. Jika anda gagal mengenal
> tanda-tanda bahawa suami anda telah masuk ke dalam gua, berjaga-jaga
kerana
> anda sekarang sedang berada dalam bahaya dibakar oleh naga yang berada di
> mulut gua tersebut.
> >
> > · Sekiranya si isteri mempunyai masalah dan mencertiakan kepada si
suami,
> JANGAN cuba menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki akan mempunyai
> kecenderungan untuk menyelesaikan semua masalah sebab adalah naluri
keegoan
> lelaki yang mempunyai sifat "Mr fix it " atau "mr know it all".
Sebaliknya,
> palingkan muka anda mengadap isteri anda, berhenti dari melakukan apa
sahaja
> kerja yang anda sedang lakukan dan dengar masalahnya dan biarkan dia
luahkan
> perasaan. Memang susah untuk dilakukan, tetapi jadilah seorang pendengar
> yang setia. Hargai percakapan mereka dengan kata-kata "emm", "ye ke", "oo"
> dll. Bukannya dengan cara memberikan penyelesaian seperti si Ali di atas
> kecuali di minta. Itupun dengan kadar yang minima. Tidak mengapa kalau
> mereka tidak mahu menerima pendapat kita.
> >
> > · Sekiranya suami anda mempunyai masalah, besar kemungkinan dia akan
cuba
> melupakan masalah dengan cara membuat pekerjaan yang dapat melupakannya
> dengan masalah besar tersebut seketika. Biarkan dia bermain golf,
memancing,
> baca surat khabar, internet dll. Maka berikan sokongan anda dengan cara
> membiarkan dia melakukan hobi mereka. JANGAN merungut atau berleter kerana
> ini akan membuatkan dia lari bebih jauh lagi ke dalam gua dan mungkin anda
> sukar untuk mencapainya lagi.
> >
> > Perhubungan manusia suatu yang unik. hargailah... "
sabar itu iman..duit bukan kawan..dunia hanya pinjaman..mati tak berteman..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my