Terkini  Popular    Mula Topik

Perasaan Ibu Kematian Anak...

2005-05-05 10:12:04
Oleh
ilham
Surat ibu kepada PM

HATI ibu mana yang tidak pilu apabila anak kesayangan dan harapan keluarga, `pergi' buat selama-lamanya. Begitulah perasaan yang dialami oleh Azmahton Seroji, 45, yang kehilangan anak gadisnya, Nur Fathiyaton Faisal ketika berusia 21 tahun.

Ketika harapan menggunung disandarkan kepada Nur Fathiyaton atau nama manjanya `Ateh', anak gadisnya yang sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, tiba-tiba diserang penyakit ganjil dan meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis, 27 Februari lalu.

Bagi Azmahton, anak kedua daripada enam beradik itu banyak keistimewaannya selain menjadi penghibur kepada keluarga dengan keletah dan kepetahannya.

Perubahan positif Ateh dalam segenap segi dapat dikesan oleh ibunya selepas Allahyarham menamatkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan di Sarawak.

Beliau yang juga Timbalan Pendaftar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, ketika ditemui di rumahnya di Taman Jali, Kangar baru-baru ini berkata, hatinya amat tersentuh apabila melihat barang-barang kepunyaan Nur Fathiyaton setiap kali masuk ke bilik milik Allahyarham.

``Begitu sukar untuk saya menghilangkan rasa sedih dan saya merasakan Ateh masih lagi berada bersama kami,'' katanya.

Bagi meredakan gelodak perasaaannya itu, Azmahton meluahkan rasa sedihnya dengan mengutuskan sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7 Mac lalu bagi memuji keberkesanan PLKN yang pernah disertai oleh anak perempuannya itu.

untuk selanjutnya, biasalah klik di sini:

http://villailhami.blogspot.com

terima kasih

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my