Terkini  Popular    Mula Topik

Imbuhan Tetap Perumahan Naik Tapi....

2005-05-05 09:36:46


imbuhan tetap perumahan naik tapi macam tak guna gak....mana taknya,minyak petrol selalu je naik...

emmmm,kalu macam ni baik naik unta je...tak payah pakai minyak keta...tapi kena beli air bergelen2 lak nak letakkan kat bonggol unta...

------------------------------------------------------------------------------------------------------


<BOLD> -- Kenaikan seliter *Diesel 20 sen *Petrol 10 sen
Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN
</BOLD>
PUTRAJAYA 4 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga runcit diesel dan petrol masing-masing 20 sen dan 10 sen seliter - berkuat kuasa mulai esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan akhbar menyatakan, kenaikan itu adalah sebagai langkah untuk membendung peningkatan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk produk petroleum.

Dengan keputusan terbaru itu, harga runcit baru petrol premium (RON 97) di Semenanjung ialah RM1.52 seliter, petrol (RON 92) RM1.48 seliter dan diesel RM1.081 seliter.

Di Sabah dan Sarawak pula, harga runcit baru RON 97 ialah masing-masing RM1.50 dan RM1.51 seliter, RON 92 RM1.48 seliter di kedua-dua negeri, manakala diesel RM1.084 dan RM1.078 sen seliter.

Walau pun dengan kenaikan itu harga petrol di Malaysia masih termurah di ASEAN kecuali Brunei. Sementara harga diesel pula adalah yang terendah kecuali di Indonesia dan Brunei.

Kali terakhir harga runcit diesel dinaikkan ialah sebanyak lima sen Mac lalu, manakala kenaikan terakhir petrol sebanyak lima sen seliter pada Oktober 2004.

Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut yang dibuat oleh Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini turut bertujuan untuk mengurangkan jurang antara harga pasaran dan harga subsidi, dan seterusnya diharap dapat mengurangkan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan bahan api tersebut ke luar negara.

Ini kerana, menurut kenyataan itu, subsidi bukanlah cara terbaik untuk membantu golongan tertentu kerana ia mewujudkan herotan pasaran yang menyebabkan penggunaan sumber yang tidak cekap.

``Di samping itu, ia juga akan menyebabkan kegiatan penyelewengan seperti penjualan produk bersubsidi kepada mereka yang tidak layak.

``Penyeludupan diesel dan petrol ke luar negara pula bermakna kerajaan Malaysia membiayai penggunaan produk berkenaan oleh rakyat asing,'' jelas kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menambah, andainya kadar penyeludupan 10 peratus, bermakna rakyat telah memberi subsidi RM480 juta kepada rakyat asing berdasarkan jumlah subsidi sebanyak RM4.8 bilion pada tahun 2004.

Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM4.08 bilion tahun lalu dan kadarnya dijangka meningkat sehingga RM8.96 bilion tahun ini, jika harga runcit kekal pada paras sedia ada.

Malah sekiranya harga produk petroleum terbabit tidak dinaikkan, kerajaan terpaksa mengorbankan sebanyak RM7.85 bilion dalam bentuk pengecualian cukai tahun ini.

``Ini bermakna kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM16.8 bilion. (Justeru) dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol, subsidi produk petroleum (tahun ini) ialah RM6.7 bilion (sahaja) iaitu penjimatan sebanyak RM2.2 bilion setahun,'' kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, meskipun harga produk petroleum antarabangsa telah meningkat sebanyak 65.35 sen seliter bagi petrol dan 75.49 sen seliter bagi diesel dalam tempoh Januari 2004 hingga April 2005, kerajaan hanya menaikkan harga sebanyak tujuh sen seliter bagi petrol dan 12 sen seliter bagi diesel dalam tempoh tersebut.

Negara sejak dua minggu lalu mengalami krisis kekurangan bekalan diesel terburuk dalam sejarah angkara pihak tidak bertanggungjawab mengaut untung dengan `mencuri' bekalan diesel subsidi di stesen-stesen minyak dan menjualnya kepada sektor komersial tanpa subsidi.

Ekoran daripada itu, pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut termasuk menghukum penyangak diesel.
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my