...... & selamat pagi ....
Masa amat bernilai dalam kehidupan manusia. Antara itu Allah bersumpah dalam surah Al-Asr bahawa manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah dalam Al Asr yang bermaksud:
Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar.
Masa perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa lapang kita tidak akan selamanya berada bersama kita. Masa muda kita juga tidak kekal kerana semua orang akan tua dan akhirnya menemui Tuhannya. Oleh itu hargailah masa kita seperti maksud sebuah hadis yang bermaksud:
Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu tentang usianya , pada apa dihabiskannya, , tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya."
Justeru itu orang yang tidak memanfaatkan masa yang diberikan Allah dengan betul akan rugi selama-lamanya. Hindarilah diri dari berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi hingga terlanjur kata dan mengeluarkan umpat-mengumpat kepada sahabat sejamaah.