CARA MEREDAKAN RASA MARAH 
Sifat suka marah adalah tabiat yang tidak disukai oleh ALLAH dan Rasulullah. Sabda Rasulullah s.a.w., 'Janganlah marah nescaya engkau memperolehi Syurga.' (Tabrani)
Dalam hadis yang lain, ada seorang lelaki minta nasihat dari Rasulullah, sabda baginda, 'Jangan kamu marah...' ( Bukhari )
Kalau masing-masing dari umat Islam dapat rasai bahawa marah suatu yang tidak baik maka timbullah rasa bersalah untuk marah-marahkan orang lain. Kalaupun ada perasaan hendak marah dapatlah dibendung agar tidak melampaui batas yang dibenarkan. Sabda Rasulullah, "Bukanlah kuat seseorang itu dengan kuatnya tubuh badannya tetapi dinilai kuatnya apabila dia dapat menguasai dirinya ketika marah.:" ( Bukhari & Muslim ).
Jadi, untuk meredakan kemarahan yang membuak-buak itu dianjurkan beberapa perkara;
i. Tinggalkan majlis yang menyebabkan anda menjadi marah.
ii. Segera sejukkan diri dengan mengambil air sembahyang.
iii. Sembahyang sunat mutlak dan beristighfar keinsafan.
iv. Baring untuk merehatkan fikiran.
Kalau sedang berhadapan dengan orang yang sedang marah, tenteramkan dia dengan:
i. Laungkan azan di telinga kanan dan kirinya, dan kalau tidak boleh menghampirinya, bayangkan telinganya dan azankan padanya.
ii. Minta maaf kalau anda di pihak yang bersalah, dan lembutkan hatinya dengan memohon maaf walaupun dia di pihak yang salah.
iii. Jika tidak berkurang juga, tinggalkan dia sendirian.
iv. Doakan kepada ALLAH agar dihilangkan sifat marahnya itu.
Inilah kaedah yang boleh dilakukan. Tapi yang terbaiknya, cuba kita elakkan dari marah dan elakkan dari membuatkan orang marah kepada kita.
"Udep Sare Mati Syahid"

                             Komen anda
Komen anda 