Terkini  Popular    Mula Topik

Allah Menguji Akan Hamba Yang Dikasihinya

Oleh Wan Kasmah Daud
pada 2004-11-30 09:01:29
....
Abdul Wahab bin Munabbih r.a. berkata: "Telah saya jumpai dalam kitab taurat empat baris yang berturut- turut:-
1. Barang siapa yang membaca kitab Allah S.W.T. sedang dia mengira bahawasanya dia tidak diampuni, maka dia termasuk orang-orang yang merendah- rendahkan ayat- ayat Allah.
2. Barang siapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua per tiga agamanya.
3. Barang siapa yang bersusah hati akan apa- apa yang telah berlaku, maka dia telah marah- marah kepada qada atau kepastian Allah.
4. Barang siapa mengeluh akan penderitaannya maka sungguh dia telah mengeluh kepada Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W. bersabda: " sesungguhnya balasan yang besar itu sebanding dengan bahaya yang besar juga, dan sesungguhnya Allah S.W.T. bila mengasihi seseorang hambanya tentu Dia (Allah) mengujinya. Apabila dia bersabar maka Allah S.W.T. memilihnya dan apabila dia rela maka Allah pun memilihnya juga." Kata Ibnul Mubarak " bencana itu satu, kalau orang yang terkena bencana itu bersusah hati maka bencana itu menjadi dua iaitu satu bencana itu sendiri dan yang ke dua ialah hilangnya pahala bencana (bersabar akan bencana itu) Yang ke dua lebih besar daripada bencana itu sendiri. Berhubung dengan sabar,
Rasulullah S.A.W. bersabda : " Sabar itu ada tiga :
1. Sabar akan bencana.
2. Sabar berlaku taat.
3. Sabar menjauhi perbuatan derhaka.
Barang siapa sabar akan bencana maka dicatat baginya tiga ratus darjat yang jarak antara tiap-tiap dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi. Barang siapa sabar dalam berlaku taat maka dicatat baginya enam ratus darjat yang jarak antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ke tujuh. Barang siapa sabar dalam menjauhi perbuatan derhaka maka dicatat baginya sembilan ratus darjat yang jarak jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jark jauh antara arash dengan bumi.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my