Terkini  Popular    Mula Topik

Kejayaan Umat Islam

Oleh amran
pada 2004-11-23 15:05:47
Semua orang, bahkan semua makhluk di dunia ini, mahukan kejayaan. Kejayaan di dunia dan di akhirat. Kejayaan sebenar apabila Allah SWT redha kepada kita, selamat daripada neraka dan diizinkan masuk syurgaNya.

Ramai individu telah memperkatakan mengenai kelemahan umat Islam sekarang ini. Para ulama' dan penulis telah mengarang kitab, artikel dsb mengenai sebab-sebab kelemahan, bagaimanakah cara bagi mengatasinya, bekerja ke arah membangunkan individu dan umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tidak dapat tidak, analis yang dibuat adalah berdasarkan Al-Qur'an, Hadith, Seerah dan analisis semasa yang kontemporary.

Kesimpulan yang boleh diberikan adalah :
1. Kurang penghayatan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Ada lebih 6,000 ayat dan ribuan hadith shahih yang belum dapat diketahui, diamal dan dihayati.
2. Ramai individu dan umat yang telah mengidap penyakit cintakan dunia yang berlebihan dan takut mati.
3. Kurang semangat usaha, semangat berkorban dan susah payah bagi membangunkan sistem Islam yang syumul dan menyeluruh.
4. Ramai mengabaikan ilmu pengetahuan yang benar-benar mantap, untuk dipraktik, disebar dan dihayati.
5. Kurang teguh mengamalkan rukun Islam yang asas seperti solat dsb. Solat perlu "diperbaiki".
6. Perpaduan umat Islam di semua peringkat yang kurang jitu.
7. Kepimpinan di semua peringkat yang lemah.
8. Kepengikutan yang lemah.
9. Tiada khalifah dunia Islam.
10.Tindakan musuh-musuh Islam.


null

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my