Terkini  Popular    Mula Topik

Pbb Kutuk Tindakan Israel Serang Syria

Oleh zas
pada 2003-10-07 12:35:59
NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memanggil mesyuarat tergempar dan majoriti anggotanya mengutuk tindakan Israel melancarkan serangan udara dalam wilayah Syria.

Syria yang meminta rundingan mengenai krisis berkenaan menegaskan, tidak ada kem latihan militan wujud di negara itu, sekali gus mendesak supaya diadakan draf resolusi mengutuk tindakan agresif ketenteraan Israel, tapi mesyuarat berkenaan berakhir tanpa sebarang undian dilakukan.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, Israel melancarkan serangan udara pertama ke atas apa yang dipanggil sebagai kem latihan Jihad Islam kelmarin yang didakwa sebagai tapak melatih pejuang Palestin – sebagai tindak balas atas serangan berani mati Palestin yang membunuh 19 orang di bandar Haifa, Sabtu lalu.

Serangan udara itu adalah serangan pertama Israel di tanah Syria sejak dua dekad lalu.

Duta-duta PBB sedang merujuk kepada kerajaan masing-masing mengenai langkah selanjutnya terhadap krisis berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Kofi Annan mengutuk keras tindakan serangan udara Israel itu.

Damsyik menegaskan, sasaran Israel adalah sebuah zon awam dan memberi amaran bahawa serangan itu dilihat sebagai mengancam keselamatan di Timur Tengah.

Pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, semua diplomat kecuali duta Amerika Syarikat, John Negroponte lantang mengecam tindakan negara Yahudi itu, tapi pada masa yang sama kebanyakan mereka turut mengkritik tindakan Pelestin mengebom Haifa.

Negroponte mendesak supaya semua pihak bertenang dan tidak perlu bagi Majlis Keselamatan mengeluarkan sebarang resolusi baru.

“Syria patut memansuhkan kegiatan keganasan di sempadannya,” katanya.

Duta Israel, Dan Gillerman turut memberi amaran kepada negara lain yang memberi sokongan terhadap desakan Syria supaya diadakan resolusi. – Agensi

#copy n paste dr b.harian(7/10/2003)
Mengutuk dlm erti kata lain bg PBB hanyalah satu keadaan yg mengizin kan lg perbuatan tersebut...Sejarah dah pn membuktikan..Afghanistan dibom juga walaupn dikutuk..iraq dihancur jua walaupun menerm reaksi penentangan yg amat luar biasa diselurh dunia..beratus resolusi dikeluarkan oleh PBB..tp kesemuanya ke bakul sampah...dunia hari ini..saper yg gagah..dialah yg paling berkuasa..dan AS telah pn membuktikan..DAN BILER KITA LEMAH DAN TIDAK BERSATU...KITA JUGA MUNGKIN MENERIMA NASIB YG SAMA SEPERTI AFGHANISTAN..IRAQ..DAN MGKIN SEPERTI SYRIA JUA...hmm..entahlahhh....tak jumper biler dicari....entahlah....

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my