Terkini  Popular    Mula Topik

Pening Kepala Pakcik Dengan Melayu ...

Oleh Rule.Net ®
pada 2002-07-02 18:28:04
Assalamu'alaikum ...

Apabila dikatakan sesuatu benda itu tinggi kerana ada yang "LEBIH RENDAH" dari benda itu. Sekiranya ada yang lain lebih tinggi, maka perkara pertama itu tidaklah tinggi lagi.

Bila dikatakan bangsa Melayu mundur kerana ada bangsa lain yang lebih maju. Sekiranya bangsa itu juga turut mundur maka tak akan nampaklah orang Melayu mundur.

Bangsa yang lebih maju dari Melayu sekarang adalah Cina. Survival bangsa cina dah wujud sejak 6000 tahun yang dahulu. Adalah menjadi satu MISI BODOH kalau kita berusaha hendak menjatuhkan orang Cina, kerana itu bukan matlamat jangka hayat manusia.

Jangan berharap bangsa Cina Malaysia akan memeluk Islam, sebab mereka telah TAKUT dengan Islam di Malaysia. Perang psikologi global telah meletak Islam sebagai agama extrim, apatah lagi nikmat dunia yang mereka kecapi sekarang akan ditarik. Walaupun tak mustahil, tapi mungkin memakan masa 40-50 tahun.

40% penduduk dunia adalah Islam, tak sampai 1% dari itu adalah bangsa Melayu. Saya ingin berbicara tentang 1% itu pada artikel ini. Lebih kepada bangsa saya, jadi jangan persoalan pendirian politik saya.

Bangsa Cina sudah maju lebih jauh dari Melayu. Melayu leka dengan ketuanan, sedangkan Cina berusaha menjadi tuan. Melayu leka dengan bendang dan ladang warisan, sedangkan Cina berusaha untuk mendapatkan. Melayu berharap kepada kerajaan, sedang Cina lebih bergerak dengan kesatuan.

Berpecah bangsa Cina ketika bertemu dua yang tidak sealiran, bersatu semula mereka apabila salah satu dalam kesusahan. Bersatu Melayu ketika sama-sama kesusahan, berpecah Melayu apabila tak sealiran.

Kaji dan tanya, di mana tempat Cina sekarang dalam organisasi anda ? Adakah mereka pekerja biasa ? Atau mereka pengurus anda ? Ataupun pemilik syarikat yang mengajikan anda ?

Tahukah anda yang bangsa ini adalah bangsa berhijrah ? Datang ke tanah ini kerana kesusahan perang, lalu sekarang mereka memerintah.

Tahukah anda yang bangsa ini sebenarnya parasit manusia. Tak dinafikan ada kala pemangkin. Kalau dibandingkan ketamdunan, ternyata mereka lagi hebat, namun ada sebab-sebab tertentu tidak pernah ada Rasul dari kalangan mereka.

Melayu Malaysia tak pernah terfikir, mereka memerangi Cina dalam keadaan mata tertutup. Padahal mereka tidak kenal musuh mereka, mereka tidak kenal Sun Zhu dan Mao Zhe Tong ? Sedangkan Cina tahu siapa Parameswara dan Muhammad saw.

Namun tak semua Cina pendusta, ada yang baik. Saya pernah kerosakkan kereta di tengah jalan. Cina yang tolong, sedangkan Melayu hanya melintas. Ibubapa saya pernah susah, susu anak mereka Cina yang hadiahkan, mana pergi umat Islam seagama yang mengaku jiran ?

Malah kebanyakkan tokoh korporat yang ada sekarang adalah muncul apabila melihat anak bangsa tertindas dengan Cina. Tanpa Cina tak akan wujud tekanan itu, tanpa Cina tak wujud mereka. Syabas kepada mereka !

Sedar atau tidak kita sedang bersaing, masing-masing hendak menunjuk taring. Melayu sama Melayu ingin berebut ketuanan. Cina tersenyum sambil menghulurkan bantuan.

Sedar atau tidak kita sedang kalah, semua bangsa sedang berhijrah. Cina sedang berkumpul dan Melayu sedang berpecah. Bertebaran lari meninggalkan kampung halaman, yang kini dibangunkan, dimajukan dan dijadikan Cina penempatan. Lalu mengumpul undi membentuk kerajaan.

Sedar atau tidak matlamat kita salah. Nak "bunuh" Cina tidak mudah. Patutnya kita biarkan mereka jangan dihalang. Melayu perlu muhasabah diri, memajukan diri, bersatu dan kembali bersaing.

Kita tidak boleh kalah dalam peperangan ini, kita tidak boleh kalah dalam saingan ini. Kerana ini penentu masa hadapan. Kita tidak boleh kalah dalam apa jua sekali pun dengan Cina, apatah lagi ekonomi, perniagaan dan juga pelajaran.

Bersatulah Melayu, majulah sama-sama Melayu dan Cina, bersaingan dan berentap bumi Allah luas terbentang, tapi dengan syarat Melayu di hadapan ....

========================

Hanya sebagai renungan .. pakcik sebenar Nasionalis Islamis ... bukan nasionalis semata dan bukan Islamis semata ... Itulah didikan yang pakcik terima dan itulah pendirian pakcik.

Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my