Terkini  Popular    Mula Topik

Wanita Oh Wanita ..

2002-07-02 02:09:56
Assalamu'alaikum ...

Sabda Rasullulah saw, utamakan agama seseorang untuk dijadikan isteri nescaya bahagialah dunia dan akhirat. Namun, manusia yang mempunyai nafsu sentiasa memandang dan tertarik kepada benda yang boleh dilihat - kecantikkan, benda yang boleh disentuh dan dipakai - harta, dan benda yang boleh meningkatkan status hidup - keturunan.

Apa guna itu semua melainkan agama disaat-saat tua ? Seseorang wanita yang mempunyai agama sudah tentu mempunyai amanah, taat serta pelbagai lagi mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

Seorang lelaki harus bertanya pada diri sendiri mengapa ia memilih seorang wanita untuk diperisterikan ? Adakah kerana hendak tayang kepada orang lain "bini aku lawa" atau hendak berkata kepada orang "bini aku pengurus di DANAHARTA" bila ditanya pekerjaan isterinya.

Pentingkah semua itu ? Dapatkah kecantikkan mengisi solat lima waktu ? Dapatkah kedudukan mengisi sifat belas kasihan ? Dapatkah harta mengisi ketaatan ?

Wanita yang beragama bukan bermaksud mereka yang warak dan mementingkan akhirat semata-mata, tetapi terdiri dari mereka yang lebih mementingkan keagamaan dalam sesuatu hal. Mereka yang lebih sayang kesucian diri dari gaya hidup, mereka yang sentiasa belajar, beramal dan mengajar. Mereka yang bijak menegur dan boleh ditegur. Mereka yang melayan suami dengan baik. Mereka yang taat kepada ibubapa.

Namun tempat wanita bukan di atas kepala untuk dijunjung dan bukan pula di bawah telapak kaki untuk dipijak, sebaliknya dari rusuk kiri, untuk disimpan di hati ...

Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my