Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
/home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line
51
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Puasa yang paling utama selain dari puasa pada bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam. Manakala sembahyang yang paling
utama selain dari sembahyang fardu pula ialah sembahyang malam.
(Hadis riwayat Imam Muslim).
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan Hadis:
1- Bulan Muharam adalah termasuk di antara salah satu bulan-bulan haram dan ia dijadikan sebagai bulan pertama di dalam kalendar Hijrah.
2- Penjelasan tentang kelebihan Qiamullail (sembahyang sunat tahajud) di mana ia merupakan satu kemuliaan bagi orang mukmin.
3- Puasa bulan Muharam merupakan puasa yang paling afdhal (utama) setelah puasa bulan Ramadan.
'the truth is out there'
Diskusi