Nak Murtad Dari Laman Web Dr Tuah Nie

Oleh ManjaZai
2003-03-12 11:50:49

Deprecated: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in /home/server/mymasjid.net.my/modules/articles/article.display.php on line 51
Kengkawan, Ustaz atau Ustazah..., tolong bantu gadis ini.

------------------------------------------
Name: wirda giman
Subject: nak murtad
Thu, Mar 6 2003 at 9:09 am
[ Email Msg | Invite ]

Message:
Sebelum saya mengemukakan soalan, saya memohon maaf kepada Dr. kerana saya mempunyai pandangan yang negatif sekali terhadap beberapa ibadah dalam Islam. Mungkin Dr. berasa pelik, tapi beginilah hakikat hidup saya sekarang. Saya asalnya seorang yang tidak bertingkah tentang hukum-hukum agama, tapi lama kelamaan saya rasakan seperti tidak logik sahaja ibadah-ibadah yang terpaksa dilakukan. Misalnya, mengapa kita mengelilingi Kaabah? Bukankah itu seperti pemujaan terhadap batu? Begitu juga mengapa kita perlu sembahyang banyak-banyak sebab ia menyusahkan kita. Walaupun begitu, saya masih mencari jalan untuk mencari jawapannya. Saya menonton Laman Nurani setiap kali Dr. muncul. Saya membaca semua majalah berunsurkan agama tapi jawapannya masih belum jumpa. Silalah Dr. kemukakan jawapan khusus.

Masalah dari :

http://dr_tuah.tripod.com
------------------------------------------
Ini
jawapan Dr Tuah, mari kita hayati bersama. Manalah tahu ada yang kemuka soalan yang sama.



Name: dr. tuah
Subject: Re: nak murtad
Thu, Mar 6 2003 at 9:37 am
[ Email Msg | Invite ]

Message:
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya hati anda masih belum tertutup untuk mencari kebenaran. Pada tahap anda jarang orang hendak memikirkan lagi hal-hal agama dan ketuhanan, tapi anda masih melakukan pencarian dan masih gemar menonton rancangan-rancangan motivasi bercorak keagamaan. Kemahuan anda menulis kepada saya juga melambangkan hati anda yang belum terpateri habis. Terima kasih kerana memilih laman ini untuk mencari kebenaran. Syabas atas ketahanan itu. Saya harap jawapan saya mampu membuka sedikit hati anda.
Sesungguhnya, banyak perkara dalam agama tidak boleh kita fikirkan logik tidaknya. Agama datangnya dari alam ghaib, maka perkara yang ghaib memang tidak mampu kita menafsirkannya kerana keterbatasan ilmu yang sedia ada dalam diri kita. Otak kita memang tidak semana kemampuannya berbanding keseluruhan alam langit dan bumi yang berada dalam pengetahuan ALLAH S.W.T. Siapalah kita hendak mempertikaikan itu ini tentang ALLAH, sedangkan kita sendiri dicipta oleh ALLAH, kita sendiri tidak mampu mengenal diri kita dengan sebenar-benar kenal.
Jika anda sentiasa menonton Laman Nurani, antara tentu tahu saya ada menyebut menonggeng sebagai salah satu cara mengaktifkan sel-sel neuron dalam otak kita. Menonggeng itu ada dalam gerak laku sembahyang, dipanggil sujud. Dalam permainan Aikido (seni mempertahankan diri Jepun yang saya pelajari), salah satu aktiviti yang perlu dibuat ialah meletakkan kepala ke lantai (tatami) dan mengangkat kaki serta pinggang tinggi menujah langit. Hasilnya serupa seperti menonggeng atau sujud dalam sembahyang. Kajian saintifik membuktikan perbuatan begitu boleh menambah kepintaran dan mengekalkan kesihatan.
Ketika gerak laku sembahyang itu diturunkan kepada umat Islam, saya percaya mereka juga tidak tahu untuk apa dan apa peranannya. Bukan sujud saja tentu juga rukuk, qiam, duduk antara dua sujud, bahkan semua gerak laku sembahyang itu menimbulkan tanda tanya. Sekarang saintis membuktikan paling tidak sujud boleh mengaktifkan neuron-neuron yang lemah. Secara terperinci sujud boleh:
1- Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:
1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb).
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs).
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks @ spleen (limpa).
7- Paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian pelvis.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur.
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti apolexia rupture of blood vessels and arteioseclerosis of cerebrum.
17- Kesan psikologi adalah dengan berasa rendah diri di hadapan PENCIPTA, sifat sombong, riak, dan takabur dapat dikikiskan.
Jika anda masih ingat, suatu masa dulu kita disibukkan dengan virus JE, yang berpunca daripada babi. Bahaya babi sudah termaktub dalam Al-Quran 1500 tahun dahulu, tapi baru sekarang kita tahu bahayanya haiwan ini. Mungkin suatu hari nanti kita akan dikejutkan pula dengan penyakit yang berpunca daripada anjing. Sehingga kini orang masih tidak tahu mengapa anjing diharamkan daripada umat Islam. Jika kita hendak pertikai kita mungkin akan mentertawakan diri sendiri suatu masa kelak apabila anjing benar-benar menjadi penyebab utama sesuatu penyakit. Siapa tahu.
Begitu juga, baru-baru ini seorang saintis Jepun telah menemui molekul air yang menghasilkan corak yang menarik setelah dibacakan ayat-ayat suci, berbanding air yang menghasilkan corak yang buruk setelah dimaki hamun.
Seorang pengkaji air tempatan juga mengaku telah melakukan kajian terhadap air zamzam untuk menilai tahap kebersihannya. Tidak semena-mena mesin yang digunakannya itu meletup sedangkan sebelumnya, sewaktu dia mengkaji air paip, air hujan, air sungai, air parit dan lain-lain tiada sebarang kejadian pelik berlaku.
Melalui insiden-insiden ini, saya fikir kita tidak wajar mempertikai mengapa ALLAH wajibkan kita tawaf keliling Kaabah. Betul, ia hanya batu-bata yang diberi selubung hitam, tapi hakikatnya siapa tahu? Begitu juga tentang sembahyang lima waktu. Pada pendapat saya, ia juga satu riadah ringan untuk menyegarkan tubuh badan kita, kalaupun kita tidak dapat menerima perintah wajibnya itu. Bayangkan seorang yang kerjanya hanya duduk dan menghadap komputer. Dengan melakukan sembahyang dia berpeluang melonggar-longgarkan sarafnya, malah rasa letih dan mengantuknya juga dapat dibasuh dengan air wuduk. Tidakkah itu menguntungkan kalaupun kita tidak mahu melihat kebaikan-kebaikan batiniahnya.
Semua yang saya perkatakan ini pernah mengubah pendirian negatif seseorang. Saya harap anda tidak terkecuali. Banyakkanlah berdoa kepada ALLAH agar anda tidak dikecualikan daripada dilimpahi hidayah.




ToLoveSomeoneIsNOTHING.ToBe LovedBySomeoneIsSOMETHING.ToBeLovedBySomeoneYouLoveIsEXCITING.But.ToBeLovedBy ALLAH IsEVERYTHING

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my