Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak ada suatu hari di mana amalan soleh lebih disukai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (iaitu sepuluh hari pertama bulan Zulhijah). Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Walaupun berjuang di jalan Allah?. Baginda bersabda: Walaupun berjuang di jalan Allah kecuali seseorang yang keluar dengan mengorbankan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali dengan membawa sesuatupun dari apa yang telah dia korbankannya (mati syahid).
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan Hadis:
1- Kelebihan melakukan amalan ibadat pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah.
2- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan banyak melakukan amalan ketaatan pada hari sepuluh Zulhijah.
3- Kelebihan berjihad pada jalan Allah dengan mengorbankan jiwa dan harta demi untuk meninggikan kalimah Allah.
'the truth is out there'