Apa Itu Valentine's

01-Aug-2003 17:11
Oleh
DyAnA
Valentine's Day: Disambut kerana kejahilan kita,
Ketahuilah asal-usul valentine's Day


Satu Realiti

Tanggal 14 Februari adalah merupakan suatu tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang. Mungkin ianya merupakan tarikh ulang tahun, hari kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan, kematian dan banyak lagi detik-detik bersejarah yang berlaku dalam kehidupan individu manusia. Kenapa tarikh ini disentuh? Kerana perlu diingatkan, inilah tarikh yang menjadi "keramat" bagi golongan tertentu. Jika kita tanya kepada golongan tersebut, kenapakah tarikh 14 Februari ini dinanti-nantikan ? Antara jawapan yang diberikan oleh mereka ialah: "Inilah.......

Hari Kasih Sayang
Hari Kekasih
Valentine's Day



Dan semestinya tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara. Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-kad Valentine's Day berserta cendera mata sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Tidak ketinggalan dalam program TV diselitkan cerita-cerita berunsur cinta di tayangkan atas nama Valentine's Special.

Disamping itu , jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan ini untuk menyambut hari yang 'istimewa' tersebut, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Kedatangan hari 'istimewa' ini juga ditunggu-tunggu oleh pihak hotel dan kedai cenderahati untuk mengaut keuntungan dengan menawarkan pakej-pakej istimewa sempena sambutan hari tersebut.

Di sini seperti kita fahami bahawa premis-premis ini adalah pengusaha yang beroperasi untuk mengaut keuntungan semata-mata dengan cara mengeksploitasikan 'hari tersebut', dimana mereka menjadikan golongan yang merayakannya sebagai bahan sasaran. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut, ada yang terdiri dari kalangan generasi muda Islam. Apabila ditanyakan kepada mereka, kenapa anda menyambut 'Hari Kekasih' ini? Diantara jawapan mereka ialah:

Saya hanya ikut-ikut sahaja
Untuk mengeratkan tali persahabatan
Saja suka-suka.
Kenapakah jawapan ini boleh keluar dari mulut-mulut golongan muda Islam ini? Tidak lain dan tidak bukan kerana pemikiran/konsep mereka telah diresapi oleh racun ideologi Kapitalisme yang berasaskan doktrin sekularisma iaitu pemisahan agama dari kehidupan. Bagi golongan muda ini merayakan Valentine's Day dianggap tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang. Mereka pada dasarnya telah terpedaya dengan slogan-slogan dari Barat yang disuntikkan ke dalam pemikiran mereka. Di sebabkan kejahilan dan kurangnya berfikir tentang kehidupan bagi mereka, aqidah yang mereka anuti cukup sebagai tiket untuk mereka menjadi muslim tetapi tidak pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme!



SeTiAp Yg TeRjAdI aDa HiKmAhNyA..So BaNyAkKaNlAh BeRsAbAr DaLaM mEnGhArUnGgI DuGaAn-NyA!

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my