Risalah Fikir (153) Bila Hati Dan Minda Telah Keracunan

01-Aug-2003 17:11

Mari kita terus bersama Ka'ab Al-Ahbaar (Abuu Ishaaq) rah.a.......

Daripada 'Abdullaah bin Syaqiiq Al-'Aqiiliyy rah.a...: Daripada Ka'ab Al-Ahbaar rah.a.,katanya ......(mafhumnya)..:

Pastilah seandainya daku menangis kerana takut akan allaah swt (min khosyyatillaah)sehingga mencucurkan airmataku di atas pipiku, maka ini lebih dicintai olehku daripadadaku bersedeqoh (infaaq) ketulan emas seberat badanku. Dan demi (dia) yang mana diri ka'abberada dalam tangannya, tidaklah menangis seorang hamba kerana takut akan allaah swtsehingga jatuhlah satu tetes daripada airmatanya ke bumi lalu disentuh api neraka (ya'niidia tidak akan disentuh api neraka) buat selama- lamanya sehinggalah kembali semulatetesan langit (ya'nii tetesan hujan) yang telah jatuh ke bumi ke tempat mana telah datangia, dan ianya Tidak akan kembali (ke tempat) itu buat selama-lamanya.

Begitulah kira2nya terjemahan kasar drp kitab SIFAH AS- SOFWAH (susunan Al-ImaamAl-'Aalim Jamaaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy rah.a.), jilid 4, halaman 204.

Mari kita sama2 muhaasabah akan diri kita.......

Di antara kita ada yang telah ber'umur 50 tahun ke atas, ada yang 40 tahun ke atas, adayang 30 tahun ke atas.......dsbnya. Dalam tempoh waktu 50 atau 40 atau 30 tahun (dsbnya)ini, pernahkah SATU TETES airmata kita keluar kerana takut akan Allaah swt ?

Kalau keluar air mata kerana hal2 lain, seperti kerana kematian ayah atau isteri/suamiyang disayangi, atau kerana sakit 'akibat luka dan pedih dan sakit2 lain, atau keranagagal dalam sesuatu perkara atau urusan duniawi, itu adalah lumrah dan tak aci. Saya kiradalam tahap keimanan kita pada hari ini, berserta kegelapan hati yang begitu pekat, adalahamat sukar untuk kita menangis KERANA TAKUT AKAN ALLAAH SWT sehingga tercucur airmatawalau pun setetes, apatah lagi untuk jatuh ke bumi................!

Bagi Ka'ab Al-Ahbaar rah.a. (dan semestinya bagi kita juga), nilai setetes air mata inilebih berharga daripada bersedeqoh (infaaq) ketulan emas seberat badan sendiri....!!!Kalau berat badan kita 60 Kg, tentulah ketulan emas yang nak disedeqohkan itu pun 60 Kgjuga !!!Makin berat dan gemuk seseorang itu maka makin tinggi pulalah nilai kilonya tu....

Rasa2 untuk tahap kita ini, hampir2 mustahil untuk mendapatkan ketulan emas yangseberat itu walaupun seumur hidup kita bekerja......... sedangkan jika hati seseorang itusuci dan keimananya pula tinggi, bukan setetes, bukan dua tetes, malahratusan/ribuan/jutaan tetes air mata kerana takut akan Allaah swt pun bisadicapai.Begitulah nilainya setetes air mata yang keluar kerana takutkan Allaah swt.

Jadi kesimpulannya, benih sebenar kejayaan setiap insan di sisi Allaah swt itu adalahdalam hati dan diri insan itu sendiri, tidak di luar. Sejauh mana insan itu berusha atasketinggian/kesucian hati dan nuraninya, maka sejauh itulah pula tahap KEJAYAAN yang akandiperolehinya. Bila kita bercakap fasal KEJAYAAN, janganlah kita tersilap arah dan fahampula. Janganlah sampai kita memahami bahawa KEJAYAAN itu adalah bilamana mempunyaikemegahan2 duniawi seperti memiliki banglo2 mewah, kereta2 mewah,banyak asset, banyaktanah, mempunyai anak2 yang memiliki berlembar2 ijazah, masyhur dan dikenali ramai,pangkat itu pangkat ini, pingat itu pingat ini, gelaran itu gelaran ini,.....dsbnya.

Kalau inilah arah dan skop pemahaman kita, maka tak ubahlah seperti skop pemahamSEORANG KAFIR !!!

Bagi seorang muslim, sudah tentulah rujukan adalah Al-Quraan, As-Sunnah, Aathar ParaSahabat, Para 'Ulamaa` yang mu'tabar,.....dsbnya. Untuk itu mari kita memahami ertiKEJAYAAN berdasarkan Al-

Quraan.

Perhatikan (mafhum) ayat berikut :

MAN YUTI'ILLAAHA WA ROSUULAHUU FAQOD FAAZA FAUZAN 'ADZIIMAN......(SESIAPA YANG TO'ATALLAAH DAN ROSULNYA MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERJAYA

DENGAN/SEBAGAI KEJAYAAN YANG BESAR....) [33.71].

Jadi sejauh mana seseorang insan itu dapat to'at Allaah swt dan rosulullaah saw, makasejauh Itulah pula tahap kejayaannya. Dengan perkatan lain, kalau insan itu memilikisegala kebendaan dan kemegahan duniawi (seperti yang disebutkan di atas) sekali pun, tapidalam hatinya tidak ada TO'AT ALLAAH dan TO'AT ROSUUL, pastilah insan itu dinamakan insanyang GAGAL.

Begitu pun juga, mari kita perhatikan ucapan seorang sahabat ketika tombak/lembingmenembusi dadanya semasa menjalankan usha agama Allaah swt. Sebaik sahaja tombak/lembingterpacak di dada, beliau terus berkata: WA ROBBIL KA'BAH, FUZTU....! (Mafhumnya : DEMITUHAN KA'BAH, DAKU TELAH BERJAYA...!).

Di sini pun jelas pada kita akan erti KEJAYAAN yang difahami oleh para sahabat r.a.Kejayaan berma'na bila seseorang itu diberi taufiiq untuk mento'ati Allaah danRosuulNya.......meski pun dada tembus memancutkan darah dik pacakan lembing/tombak !Bagaimana pula kefahaman KEJAYAAN pada benak kita dan pada muslimiin seluruhnya hari ini ?

Adakah sudah jauh menyimpang ? Atau bagaimana ?

Kalau kita perhatikan, sama ada di mana2, di laut mahu pun di barat, di timur atau pundi barat, di negara sana atau pun di negara sini, di tempat kerja, di kantur, di rumah,dalam upacara2 kehidupan, pada peribadi,.....dsbnya, semuanya rata2 pemikiran dankefahaman kita tentang kejayaan, kebaikan, kemajuan,

kebahagiaan..... dsbnya masih dibelenggu dengan bentuk dan pola kefahaman kejayaan disisi orang2 kafir.

Pada peringkat negara misalnya, negara itu dikatakan maju kiranya banyak bangunan yangindah dan besar tersergam, kiranya banyak alat2 yang canggih yang seribu satumacam.....dsbnya, meski pun tahap kerohanian dan agama begitu runtuh dan hancur di negaraitu.

Begitu pun pada peringkat kantur, seorang pegawai yang begitu sibuk dan bertungkusdengan projek2 dan agenda2 duniawi, akan dinilai sebagai seorang pegawai yang baik danmaju dan berjaya meskipun dia tidak memberati solat dan segala perintah2 Allaah swt yangdalam ertikata yang sebenarnya. Seolah2 agama dan perintah2 Allaah swt tidak ada ada kenamengena (atau sedikit sekali) dengan kemajuan sesebuah negara atau atau kejayaan seseorangitu.

Pada peringkat keluarga dan upacara kehidupan pula, bila kita mahu cari menantumithalnya, pastilah datang pada benak kita untuk mencari menantu yang ada ijazah danbergaji besar, atau orang kaya ringkasnya...dsbnya, tidak datang pada benak dan minda kita(kalau ada pun sedikit sekali) untuk mencari menantu seorang yang hafiz/hafizah Al-Quraan,atau orang 'alim/'alimah, atau seorang yang wara' dsbnya.

Lebih mendahsyatkan lagi, bila nak melantik seorang imam di surau atau pun di masjid,kriteria yang digunakan adalah kedudukan atau pangkat duniawi (atau pendidikan duniawi)yang ada pada seseorang itu walau pun latar belakang ilmu agamanya adalah tidak seberapa,kadang2 tu usahkan nak ada sedikit sebanyak pengetahuan nahu dan bahasa 'Arab, sebutankalimah2 'Arab/Al-Quraan dan baris2 pun lintang pukang. Walhal seorang yang yang pakardalam bidang kejuruteraan/sains mithalnya, belum tentu lagi pakar atau baik solatnya.Kerana belajar kejuruteraan/sains dan belajar solat adalah dua perkara yang

tersangat berbeda. Pernah saya terlihat seorang Professor dalam bidang tertentu (bukanbidang 'agama'), bila sujud dalam solat kakinya terangkat dan tidak menyentuh dilantai/tempat sujud (apa lagi untuk perut2 jari menyentuh tempat sujud).

Dari segi peribadi pula (atau kantur juga), seorang yang berpakaian dengan tali leherdan kot serta seluar barat (pakaian mat salehlah katakan) pula adalah dianggap kemas,sementara yang berserban dan berjubah (apa lagi kalau berkain pelikat dsbnya) akandipandang 'serong' dan dianggap tidak kemas, walhal pakaian

sebegini mendekati pakaian Rasuulullaah saw. Apakah pakaian yang mendekati Rasuulullaahsaw itu hanya

sesuai di surau/masjid sahaja, dan tidak sesuai di kantur ? Apakah suasanaberketayap/bersongkok/ berserban/berkain pelikat dsbnya itu perlu dihidupkan disurau/masjid sahaja, jangan di bawa ke kantur ?

Dan apakah pakaian mat saleh itu sesuai di mana2 ? Atau apakah kita sememangnyamenganut fahaman sekular ?

Atau apakah HUBBUDDUNYAA (CINTA DUNIA) telah begitu terbenam di lubuk hati kita, dankesannya menjalar segarbugar hingga ke seluruh urat saraf kita ? Atau bagaimana ?

Aduhai ......betapa mindset kita (terutama saya sendiri) yang semestinya berteraskanagama telah RANAP sama sekali !!! Aduhai.......betapa hati dan minda kita telah KERACUNAN!!! Semoga sama2 kita mengambil i'tibaar......

Wassalaamu'alaikum wrb.,

Al-faqiiru ilallaah.

Masuka:

[1] DAM'UN/DAM' : airmata, MAAUL 'AIN, (kj: DUMUU').

[2] DAMI'A AL-INAAU : telah penuh, berisi bekas itu, IMTALAA.

[3]ADMA'A AL-INAAA : dia telah mengisi (memenuhi sampai meluap) akan bekas itu.

[4] MIN KHOSYYATILLAAH : lantaran takut akan Allaah swt.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my