Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2002-11-23 05:49:19
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Amalan akan dibentangkan kepada Allah s.w.t pada hari Isnin dan Khamis. Oleh yang demikian aku lebih suka jika amalan perbuatan aku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Umat Islam sentiasa menjaga waktu yang afdal serta banyak beribadat dan melakukan amalan-amalan sunat yang lain pada waktu tersebut.
2- Penjelasan bahawa puasa adalah di antara ibadat yang paling afdal yang sentiasa dijaga oleh umat Islam.
3- Sunat berpuasa pada hari Isnin dan Khamis kerana pada dua hari tersebut amalan perbuatan akan dibentangkan kepada Allah serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my