J A N G A N M A R A H M A R A H

Oleh 1275
2002-11-12 08:16:20
Jangan marah-marah


Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang
menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah
itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap
orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat
sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang laki2
kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya
perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapa yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah
Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata..
"janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali.jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...

"orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang
dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar
diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam
menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis
golongan..

Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan drp yang 1 dan 2..
Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong
dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin
mempertahankan kehormatan diri...isteri/suami..keluarga..agama..bangsa
dan negara...tafrith lak..sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah2 orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memengkan marahnyer (ikut hati) ..

kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan
mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang
kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ade dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, di samping teguran2 dr sahabat2 disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.

Benarlah sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Bersegeralah menuju keampunan dr Tuhanmu serta syurga yg luasnya
seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk org2 yang bertaqwa. iaitu
orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang2 yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula
memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang2 yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)


" Selamat menyambut RAMADHAN.....still..I'am whatever you say I am"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my