Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ketika baginda bertemu dengan Jibril pada setiap malam di bulan Ramadan, Jibril membaca al-Quran bersama Rasulullah s.a.w (mereka saling mentadarus al-Quran). Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling pemurah dalam kebaikan dari angin yang diutuskan.
(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
--------------------------------------------------------------------------------
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Menerangkan bahawa Nabi s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.
2- Bulan Ramadan adalah musim kebaikan dan umat Islam hendaklah memanfaatkan peluang ini dengan cepat sebagai mencontohi Nabi s.a.w.
3- Galakan supaya menderma pada setiap masa dan banyak menderma pada bulan Ramadan.
4- Disunatkan membaca al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia adalah lebih baik berbanding dengan zikir-zikir yang lain.
'the truth is out there'
Diskusi