Punca Anak Derhaka

Oleh Putera Kayangan
2002-11-12 08:03:06
APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif.... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergam! ak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah,ibu dah
suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran
dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting
dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa
punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara
lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium
dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya
sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan
ada kuasa veto kepada mereka,jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
"bodoh, kurang ajar,sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur! walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa
anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak
berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil
endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai,sesetengah orang tua
kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan
herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat
mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila i! nsaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.Allah maha pengampun
dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan
lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak
berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang
mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk
dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata
mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan! terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya. Kewajipan anak lelaki,
pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa
dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang
dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru.! Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf disebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi
Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Bukan saya nak bawa kisah ini untuk mudah orang nak bercerai dak pakat
elok-elok.... sekian wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....


segala kebaikkan itu datangnya dari ALLLAH S.W.T dan segala kekurangan itu datangnya dari ku jua

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my