Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2002-10-14 14:45:15
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah amalan yang paling utama?. Baginda bersabda:
Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi?. Baginda bersabda:
Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi?. Baginda bersabda:
Berjuang pada jalan Allah.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Hak Allah yang paling utama wajib ditunaikan selepas ucapan dua kalimah syahadat adalah sembahyang.
2- Hak manusia yang paling utama wajib ditunaikan adalah berbakti kepada dua ibupaba dan kedudukannya bersama-sama dengan sembahyang dan jihad adalah untuk menunjukkan peringkat kepentingannya.
3- Pengorbanan yang paling utama adalah berjihad kerana melalui jihad kita dapat menjaga hak Allah dan hak manusia.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my