Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya kebesaran pahala adalah bergantung kepada besarnya ujian (bala) yang dihadapi. Sesungguhnya apabila Allah menyayangi sesuatu kaum itu, maka Dia akan menguji kaum tersebut sehingga sesiapa yang meredai maka Allah akan meredainya dan sesiapa yang tidak meredai, maka Allah akan memurkainya.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
--------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulan Hadis:
1- Setiap orang akan diuji mengikut peringkat agama (iman) masing-masing.
2- Bersabar dalam menghadapi musibah dan penyakit boleh membersihkan dosa-dosa kecil.
3- Di antara tanda Allah menyukai hambanya yang soleh ialah Dia mengenakan bala ujian ke atas hambanya tersebut.
4- Orang Mukmin hendaklah reda dengan bala ujian yang menimpanya serta jangan berputus asa dan jangan merasa bosan.
5- Bersabar dalam menghadapi bala cubaan merupakan petanda penghapusan dosa.
'the truth is out there'
Diskusi