Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
2002-10-14 14:43:32
Diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda:
Apabila ada dua orang Islam yang bertengkar dengan menggunakan pedang masing-masing, orang yang membunuh dan orang yang terbunuh sama-sama akan memasuki neraka. Lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Orang yang membunuh sudah sepatutnya dia memasuki neraka tetapi kenapa orang yang terbunuh juga memasuki neraka? Baginda menjawab: Kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh kawannya.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan keras dari bunuh-membunuh sesama umat Islam kerana tindakan sedemikian boleh membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t.
2- Balasan yang dinyatakan dalam hadis ini adalah merangkumi kedua-dua belah pihak (sama ada pembunuh ataupun mangsa yang dibunuh) dari kalangan umat Islam yang saling bunuh-membunuh di antara satu sama lain disebabkan oleh semangat fanatik dan kebangsaan tanpa berlandaskan hukum syarak.
'the truth is out there'

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my