Mengasihi Kekasih

01-Aug-2003 17:11
Mengasihi Rasulullah s.a.w

Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang muslim. Setiap muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat. Cinta dan kasih kepada baginda mestilah direalisasikan melalui perilaku kehidupan harian.

Di antara cara hidup Rasulullah s.a.w yang perlu diamalkan oleh setiap muslim adalah seperti berikut:

Sentiasa bersifat benar, amanah, menyampaikan perintah Allah s.w.t dan bijaksana. Inilah sifat utama yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Sifat ini jugalah yang membawa kecemerlangan umat Islam generasi pertama dahulu.

Sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada teman

Rajin melawat orang sakit.

Mengutamakan hal-hal kematian.

Sentiasa menunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai anak-anak yatim, fakir dan orang miskin yang memerlukan bantuan.

Sentiasa menyebut dan mengingati Baginda pada setiap tempat dan masa.

Sentiasa berusaha menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sepanjang hayat.

Sentiasa akur kepada larangan-larangan Rasulullah s.a.w seperti menjauhkan diri dari bercakap bohong, khianat, dengki, mencaci, bakhil dan malas.




HaRi Ini EsOk dAn SeLaMaNyA.....

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my