Tanda-tanda kecil yang sudah terzahir dan akan berkekalan:
Jika kita perhati dan fikirkan manusia secara keseluruhan dan umur perseorangan, kita dapati manusia mengalami proses penuaan dan mengalami pelbagai penyakit sebelum mati. Begitu juga yang akan terjadi sebelum kiamat nanti, manusia akan mengalami pelbagai penyakit sewaktu kiamat semakin menghampiri.
Penyakit yang dimaksudkan ialah penyakit hati yang menjadikan manusia semakin hari semakin lalai dan jahat.
Sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan hawa nafsu jahat yang berpandukan kepada mata hati yang sakit.
Jika setiap kali kita membayangkan bilakah terjadinya kiamat, maka hendaklah kita kaitkannya dengan penyakit-penyakit hati yang semakin menular dan menjadi-jadi dan kabaikan yang semakin berkurang, maka tahulah kita bahawa kiamat sudah semakin hampir.Kejadian-kejadian yang berkaitan dengan penyakit-penyakit hati telah berlaku pada zaman kita sekarang ini. Antaranya ialah; Rasulullah s.a.w. mengatakan orang yang paling bahagia di dunia, bukan di satu negeri atau daerah tertentu.
Ertinya belum terjadi kiamat sebelum orang-orang yang tidak berilmu menjadi pemimpin. Kejadian ini telah berlaku di seluruh pelusuk dunia, sehingga kekayaan seseoranglah yang menjadi ukuran.
Orang yang tidak berilmu pengetahuan tetapi kaya dan berharta diangkat menjadi pemimpin sehingga pada akhirnya semua orang hanya menilai sesuatu dengan kebendaan semata-mata.
Terdapat banyak lagi kejadian-kejadian yang berkaitan dengan penyakit hati. Ianya dapat dikaitkan dengan hampirnya kejadian kiamat
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...
Diskusi