Risalah Fikir (255): Bentuk Pesanan Kita Kepada Anak-anak Kita Bagaimana?

Kembali memetik pesan Sariyy Saqtiyy rahimahullah kepada Junaid: "JIKA MEMUNGKIN ENGKAU BAHAWA TIDAK ADALAH ALAT RUMAHMU MELAINKAN YANG BURUK-BURUK ATAU YANG ROBEK-ROBEEK ATAU YANG TEMBUS-TEMBUS SAHAJA, MAKA LAKUKANLAH!!!"
[Pengertiannya kira-kira: "JIKA MEMUNGKIN ENGKAU BAHAWA TIDAK ADALAH ALAT RUMAHMU MELAINKAN YANG BURUK-BURUK ATAU YANG ROBEK-ROBEEK ATAU YANG TEMBUS-TEMBUS SAHAJA, MAKA LAKUKANLAH!!!"]

Bila kita meneliti pesan Sariyy rahimahullah itu, teringat kita pula kepada bagaimana pesan Sayyidinaa 'Ali karamallahu wajhah kepada Sayyidinaa 'Umar rahimahullah (dipetik di bawah ini dari RF 34 yang lalu):

Dan telah mengeluarkan Al-Baihaqi dari 'Ali bin Abi Talib rahimahullah bahawa beliau telah menasihati 'Umar rahimahullah: [mafhumnya: "Wahai Amirul Mu'minin! Andainya anda mahu pertemuan anda dan pergaulan anda dengan dua sahabat anda itu (iaitu Rasulullah saw dan Sayyidina Abu Bakar rahimahullah) di akhirat nanti menggembirakan anda, maka:

[1] Pendekkanlah angan-angan/cita-cita/wawasan-wawasan (keduniaan) anda.
[2] Dan makanlah tanpa kenyang.
[3] Dan pendekkanlah/singkatkanlah izaar anda.
[4] Dan tambalkanlah/tampalkanlah qamis/baju anda.
[5] Dan jahitlah/tampallah kasut anda.
(Kiranya anda telah melaksanakan 5 syarat ini) maka anda akan bertemu dan bergaul dengan mereka berdua nanti."]

Demikianlah dinyatakan di dalam kitab Al-Kanz (8:219).
Sehubungan dengan ini, teringat juga kita kepada jawapan Nabi saw kepada Sayyidinaa 'Umar rahimahullah ketika beliau r.a. masuk berkunjung kepada Rasulullah saw, di mana ketika itu Baginda telah berada di atas tikar yang kasar sehingga berbekas rusuk Baginda yang mulia akibat kesan dari tikar kasar itu. Lalu beliau r.a. menangis bila melihat keadaan Baginda. Baginda bertanya: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai 'Umar?!" Terang 'Umar r.a. (mafhumnya): "Aku menangis kerana aku teringatkan (bagaimana) Kisra dan Qaisar begitu hidup penuh dengan kemewahan dunia walhal tuan adalah Rasulullah saw (Pesuruh Allah SWT) hidup penuh kesusahan/kekurangan sehingga berbekas rusuk di badan yang mulia akibat kesan dari tikar yang keras/kasar itu!" Baginda menjawab (mafhumnya): "MEREKA ITU ADALAH SUATU KAUM YANG DISEGERAKAN BAGI MEREKA AKAN KEBAIKAN-KELAZATAN-KEBAGUSAN MEREKA DI DALAM KEHIDUPAN DUNIA MEREKA INI DAN KITA PULA ADALAH SUATU KAUM YANG DI TANGGUHKAN BAGI KITA AKAN KEBAIKAN-KELAZATAN-KEBAGUSAN KITA DI AKHIRAT!!"

Ringkasnya, pesan Sariyy rahimahullah kepada Junaid, dan pesan 'Ali kepada 'Umar serta jawapan dan penerangan Baginda saw itu semuanya sehaluan belaka.

Bagaimana pula pesan kita kepada anak-anak kita? Adakah sehaluan dengan pesan-pesan di atas itu? Atau bagaimana? Atau adakah semangat yang kita berikan kepada mereka adalah menjurus kepada mendapatkan lembaran-lembaran ijazah, ke arah membina kehidupan yang penuh bermatlamatkan material, ke arah memiliki kereta-kereta besar dan rumah-rumah besar? Dan kita beritahu mereka bahawa itulah kejayaan? Dan didikan/dorongan yang disalurkan kepada mereka adalah semata-mata untuk memperoleh perkara-perkara itu? Atau bagaimana?

Atau kita "sanggup" berkata bahawa pesan Sariyy kepada Junaid, pesan 'Ali r.a. kepada 'Umar r.a., serta penjelasan Baginda saw itu tidak sesuai lagi di zaman ini?? [Kita berlindung dengan Allah SWT dari berkata demikian]. Atau kita (termasuk saya sendirilah) memang tidak mampu (memang tidak tergamak) untuk berpesan sedemikian rupa kepada anak-anak dan pelajar-pelajar kita (di UTM ini) akan bentuk pesanan-pesanan yang begitu tinggi keruhaniannya kerana kita sendiri pun penuh amat bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan duniawi?!?

Atau bagaimana? Atau cara hidup Sariyy, 'Umar, 'Ali, dan Rasulullah saw itu hanya tinggal dalam kitab sahaja kini.... tidak lagi dihayati secara praktikal oleh kita/saya kini? Atau bagaimana? Apa kata antum?

Sama-samalah kita mengambil i'tibar...
Wallahu A'lam
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kembali memetik pesan Sariyy Saqtiyy roh.a. kpd Junaid :IN AMKANAKAAN-LAA TAKUUNA AALAATU BAITIKA ILLAA KHOZFAN FAF-`AL !!!
[Pengertiannya kira2 : JIKA MEMUNGKIN ENGKAU BAHAWA TIDAK ADALAH ALATRUMAHMU (PERABOT RUMAHMU)MELAINKAN YG BURUK2 ATAU YG ROBEK2 ATAU YGTEMBUS2 SAHAJA, MAKA LAKUKANLAH !!!].

Bila kita meneliti pesan Sariyy roh.a. itu, teringat kita pula kpdbagaimana pesan Sayyidinaa 'Ali karromalloohu wajhah kpdSayyidinaa 'Umar r.a. (dipetik dibawah ini drp RF 34 yg lalu):

Dan telah mengeluarkan Al-Baihaqi drp 'Ali bin Abi Talib r.a bahawabeliau r.a. telah menasihati 'Umar r.a. [mafhumnya: "Wahai Amiiral Mu'miniin! Andainya anda mahu pertemuananda dan pergaulan anda dgn dua sahabat anda itu (iaitu Rasuulullaahsaw dan Sayyidina Abu Bakar r.a.) (di akhirat nanti) menggembirakananda, maka:

[1] Pendekkanlah angan2/cita2/wawasan2 (keduniaan ) anda.
[2] Dan makanlah tanpa kenyang.
[3] Dan pendekkanlah/singkatkanlah izaar anda.
[4] Dan tambalkanlah/tampalkanlah qomiis/baju anda.
[5] Dan jahitlah/tampallah kasut anda.
(Kiranya anda telah melaksanakan 5 syarat ini) maka anda akan bertemudan bergaul dgn mereka berdua nanti."]

Demikianlah dinyatakan di dlm kitab Al-Kanz (8:219).
Dan sehubungan dengan ini teringat juga kita kepada jawapan Nabi sawkpd Sayyidinaa 'Umar r.a. ketika beliau r.a. masuk berkunjung kpdRosuulullooh saw di mana ketika itu Baginda saw telah berada di atastikar yg kasar sehingga berbekas rusuk Baginda saw yg mulia akibatkesan drp tikar kasar itu, lalu beliau r.a. menangis bila melihatkankeadaan Baginda saw itu.Baginda saw bertanya :Apakah yg menyebabkan engkau menangis,wahai 'Umar ?!Terang 'Umar r.a. (mafhuumnya) : (Aku menangis kerana) akuteringatkan (bagaimana)Kisroo dan Qoisor begitu hidup penuh dengankemewahan dunia walhal tuan adalah Rosuulullooh saw (Pesuruh Alloohswt)(hidup penuh kesusahan / kemiskinan) sehingga berbekas rusuk dibadan yg mulia akibat kesan drp tikar yg keras / kasar itu !Baginda saw menjawab (mafhuumnya): " U-LAA-IKA QOUMUN 'UJJILAT LAHUMTOYYIBAATUHUM FII HAYAATIHIMUD-DUNYAA WA NAHNU QOUMUN UKHKHIROT LANAATOYYIBAATUNAA FIL-AAKHIROH !" [Pengertiannya: "MEREKA ITU ADALAHSUATU QOUM YANG MANA DISEGERAKAN BAGI MEREKA AKAN KEBAIKAN2 /KELAZATAN2 / KEBAGUSAN2 MEREKA DI DALAM KEHIDUPAN DUNIA MEREKA INIDAN KITA PULA ADALAH SUATU QOUM YANG MANA DITANGGUHKAN BAGI KITA AKANKEBAIKAN2 / KELAZATAN2 / KEBAGUSAN2 KITA DI AKHIROT !!"]

Ringkasnya, pesan Sariyy roh.a. kpd Junaid roh.a., dan pesan 'Alir.a. kpd 'Umar r.a. serta jawapan dan penerangan Baginda saw itusemuanya sehaluan belaka.

Atau kita "sanggup" berkata bhw pesan Sariyy roh.a. kpd Junaid roh.a.itu, pesan 'Ali r.a. kepada 'Umar r.a., serta penjelasan Baginda sawitu tidak sesuai lagi di zaman ini ??[Kita berlindung dgn Allooh swt drp berkata demikian].[Atau kita (termasuk saya sendirilah) memang tidak mampu (memangtidak tergamak)untuk berpesan sedemikian rupa kepada anak2 danstudents kita (di UTM ini)akan bentuk pesanan2 yg begitu tinggikeruhaniannya kerana kita sendiri pun penuh amat bergelumang dengankemewahan2 dan kesenangan2 duniawi ?!?!]

Atau bagimana ?Atau cara hidup Sariyy roh.a.-'Umar r.a.-'Ali r.a.-Rosuulullooh sawitu hanya tinggal dalam kitab sahaja kini.... tidak lagi dihayatisecara praktikal oleh kita/saya kini ?Atau bagaimana ?Apa kata antum ?

Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar...Walloohu A'lamWassalaamu'alaikum wrb.,

MUFRODAAT:
[1] TOYYIBAAT : nice and pleasant things.Edited by : Norizan Daud

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my