Mampukah Kita..............

Oleh Mami Ros
2003-08-26 09:00:24
.. dan selamat pagi...

Semoga hari ini di sambut dengar rasa syukur dan nikmat....

Dalam menjalini kehidupan berjiran dan bermasyarakat yang punya banyak kerenah dan ragam.....

Mampukah kita bertindak adil dan dalam menunaikan hak2 kita sebagai jiran dan masyarakat....

Renung2kanlah.......


Kebijaksanaan Nabi Sulaiman


Pada suatu hari, berlaku pertikaian antara dua lelaki dan mereka datang kepada Nabi Daud untuk mengadu hal...

Salah seorangnya berkata: “Tuan, kambingnya telah menceroboh tanamanku. Tanamanku musnah dan menyebabkan kerugian. Kerugian ini mesti dibayar pampasan oleh pemilik kambing.”

Pengembala kambing terbabit sangat miskin dan tiada harta lain kecuali kambing-kambing itu. Jumlah kerosakan yang berlaku melebihi harga kambingnya.

Nabi Daud memerintahkan pemilik kambing menyerahkan kambingnya kepada pemilik tanah sebagai membayar ganti rugi.

Nabi Sulaiman, yang ketika itu masih remaja, mendengar pengadilan berkenaan, lalu beliau bercakap dengan penuh hormat.

“Bapaku, tidak dinafikan keputusanmu betul, tetapi adalah lebih sesuai sekiranya semua kambing digunakan untuk susu dan bulunya saja. Pengembala kambing patut diarah untuk berkhidmat kepada pemilik tanah sehingga keadaan ladang kembali sempurna. Apabila selesai semuanya, semua kambing mesti dipulangkan semula kepada pengembala.”

Semua yang hadir menyaksikan pengadilan itu bersetuju dengan pendapat Sulaiman. Nabi Daud sangat menghargai keputusan yang adil dan memerintahkan kedua pihak melaksanakan seperti yang disarankan itu.
"...Kalau benci sekali pun jgn mengaibkan orang.. check this url pls http://www12.brinkster.com/mymasjid2003

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my