: preg_replace(): Passing null to parameter #3 ($subject) of type array|string is deprecated in
alang-alang mengembara dapatlah jugak kata2 nasihat nih.untung juga mengembar nih.tapi ada satu lagi benda yang ana tak berjumpa sampai ke hari ini.


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dan leka dengan nikmat
dunia yang bersifat sementara.
Sedarlah bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.
Berkata Anas bin Malik r.a. ``Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru
kepada manusia sepuluh perkara:
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau
akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis
di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau
akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan
dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang
di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di
dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah!
Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Apalah gunanya jikalau wajah yg tampan dan tubuh yang kuat tetapi sukar untuk mengerjakan suruhan ALLAH TAALA.