Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Dua Hari Raya > Kitab Sembahyang Dua Hari Raya
    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku berkesempatan mengikuti sembahyang Hari Raya Puasa (Aidilfitri) bersama Nabi Allah s.a.w, Abu Bakar, Umar dan Othman. Mereka semua mendirikan sembahyang Hari Raya sebelum khutbah. Setelah itu barulah berkhutbah. Kemudian dia menyambung lagi dengan katanya: Nabi Allah s.a.w turun dan aku melihat ke arah baginda sehingga aku melihat baginda memberi isyarat kepada kaum lelaki supaya duduk dan kemudian datang dan berjalan di kalangan mereka menuju ke tempat para wanita dan Bilal ada bersama baginda. Lalu baginda membaca: íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÈöíøõ ÅöÐóÇ ÌóÇÁóßó ÇáúãõÄúãöäóÇÊõ íõÈóÇíöÚúäóßó Úóáóì Ãóäú áóÇ íõÔúÑößúäó ÈöÇááøóåö ÔóíúÆðÇ hingga selesai. Setelah itu baginda bertanya: Adakah kamu juga berjanji setia demikian? Seorang wanita menjawab di antara kelompok wanita itu dengan jawapan yang tegas: Benar, wahai Nabi Allah! Ketika itu wanita tersebut belum lagi dikenali. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Bersedekahlah kamu! Bilal r.a mula menghamparkan pakaiannya sambil berkata: Ayuhlah demi bapa dan ibuku sebagai tebusan kamu! Mereka segera meletak gelang-gelang dan cincin-cincin ke dalam pakaian Bilal.info
    Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w berdiri mendirikan sembahyang pada Hari Raya Fitrah. Baginda memulakannya dengan sembahyang sebelum berkhutbah. Sesudah itu barulah baginda mulai berkhutbah kepada orang ramai. Apabila selesai Nabi s.a.w turun dan menghampiri kaum wanita. Baginda memberi peringatan kepada mereka, sambil bertumpang pada tangan Bilal. Bilal membentangkan pakaiannya dan para wanita mulai memberi sedekah.info
    Hadis Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w, Abu Bakar dan Umar r.a kesemuanya mendirikan sembahyang dua Hari Raya sebelum khutbah.info
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu keluar pada Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Hari Raya Puasa (Aidilfitri). Baginda memulai dengan sembahyang. Setelah selesai sembahyang dan memberi salam, baginda berdiri menghadap orang ramai yang masih duduk di tempat sembahyang mereka masing-masing. Jika baginda mempunyai hajat yang ingin disampaikan, baginda tuturkannya kepada orang-ramai ataupun ada keperluan lain, maka baginda akan membuat perintah kepada kaum Muslimin. Baginda pernah bersabda dalam salah satu khutbahnya pada Hari Raya: Bersedekahlah kamu! Bersedekahlah! Bersedekahlah! Kebanyakan yang memberi sedekah adalah kaum wanita. Kemudian baginda beredar.info
webmaster@mymasjid.net.my