Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan, Iaitu Sembahyang Tarawih
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu.info
    Hadis Aisyah r.a: Pada suatu malam Rasulullah s.a.w sembahyang di masjid. Ada beberapa orang yang turut sembahyang bersama baginda, kemudian datang satu Kabilah juga turut sembahyang bersama baginda. Bilangan orang yang sembahyang bersama baginda menjadi semakin bertambah. Pada malam ketiga atau keempat selepas itu orang ramai berkumpul menunggu baginda tetapi Rasulullah s.a.w tidak keluar (sembahyang) bersama mereka. Apabila tiba waktu pagi baginda bersabda: Sesungguhnya aku melihat apa yang telah kamu lakukan, maka apa yang menegah aku dari keluar ialah aku bimbang sekiranya perkara ini difardukan ke atas kamu. Baginda bersabda: Peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadan.info
webmaster@mymasjid.net.my