Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Bab Sembahyang Malam Dan Bilangan Rakaat Yang Dilakukan Oleh Nabi Pada Waktu Malam. Sesungguhnya Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Dan Sembahyang Satu Rakaat Adalah Sah
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang malam sebanyak sebelas rakaat, salah satu daripadanya sembahyang Witir. Apabila baginda selesai sembahyang baginda berbaring di atas lambung kanan sehinggalah baginda mendengar suara tukang azan, lalu baginda mendirikan sembahyang dua rakaat dengan ringkas.info
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar.info
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Ishak r.a katanya: Aku pernah bertanya Al-Aswad bin Yazid r.a tentang apa yang diceritakan oleh Aisyah r.a kepadanya mengenai sembahyang Rasulullah s.a.w. Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w tidur pada awal malam dan baginda bangkit pada akhir malam. Kemudian sekiranya baginda mempunyai kemahuan terhadap isterinya, baginda menunaikan hajat baginda itu, kemudian baginda tidur. Apabila terdengar azan yang pertama (Aisyah berkata): baginda akan bangkit tergesa-gesa. (Demi Allah! Aisyah tidak mengatakan: Baginda bangkit) lalu mengambil air dan membasuh tubuh baginda. (Begitu juga demi Allah! Aisyah tidak mengatakan bahawa: Rasulullah mandi dan aku tahu apa yang dimaksudkan oleh Aisyah), sekiranya baginda tidak dalam keadaan junub baginda hanya akan mengambil wuduk untuk sembahyang kemudian baginda sembahyang dua rakaat.info
    Hadis Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Masruq katanya: Aku bertanya kepada Aisyah mengenai amalan Rasulullah s.a.w. Aisyah menjawab: Baginda suka berdiam diri. Aku bertanya lagi: Bilakah masanya baginda sembahyang? Aisyah menjawab: Apabila mendengar suara ayam jantan berkokok baginda bangkit dan mendirikan sembahyang.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Pada kebiasaannya aku mendapati Rasulullah s.a.w tidur di rumahku atau di sisiku ketika menjelangnya waktu Subuh.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sunat fajar dua rakaat dan sekiranya aku terjaga baginda akan bercakap denganku, sekiranya aku tidak terjaga maka baginda akan berbaring.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya mendirikan sembahyang malam. Apabila baginda mendirikan sembahyang witir baginda akan bersabda: Bangunlah! Lakukanlah sembahyang witir, wahai Aisyah!.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang Witir pada setiap malam dan baginda akan menyelesaikannya apabila tiba waktu sahur (waktu hampir Subuh).info
webmaster@mymasjid.net.my