Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya > Kitab Sembahyang Orang Musafir Dan Mengqasarnya
    Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Hafsin bin Asim r.a katanya: Ibnu Umar pernah menceritakan kepada kami dengan katanya: Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya aku menemani Rasulullah s.a.w semasa dalam musafir. Baginda mendirikan sembahyang tidak lebih dari dua rakaat sehinggalah datangnya ketetapan daripada Allah. Aku juga pernah mengiringi Abu Bakar dan beliau mendirikan sembahyang tidak lebih dari dua rakaat sehingga datangnya ketetapan daripada Allah. Begitu juga aku pernah mengiringi Umar beliau juga tidak pernah sembahyang lebih dari dua rakaat sehingga datangnya ketetapan daripada Allah. Kemudian aku mengiringi Othman dan beliau sembahyang tidak lebih dari dua rakaat sehinggalah datangnya ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah telah berfirman لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya dalam diri Rasulullah bagi kamu ada satu teladan yang baik.info
    Hadis Anas r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah mendirikan sembahyang Zuhur di Madinah sebanyak empat rakaat dan baginda mendirikan sembahyang Asar di Zul Hulaifah sebanyak dua rakaat.info
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku keluar bersama Rasulullah s.a.w dari Madinah ke Mekah. Baginda mendirikan sembahyang dua rakaat, dua rakaat, sehinggalah kami kembali. Aku bertanya: Berapa lama kamu akan tinggal di Mekah? Baginda menjawab: Sepuluh hari.info
webmaster@mymasjid.net.my