Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang
    Hadis Abi Qatadah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila diiqamatkan sembahyang maka janganlah kamu berdiri sebelum kamu melihatku.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Diiqamatkan sembahyang, kami terus berdiri dan mengadakan barisan iaitu saf sebelum Rasulullah s.a.w keluar kepada kami. Tidak lama kemudian datanglah Rasulullah s.a.w sehinggakan baginda berhenti di tempat sembahyangnya. Sebelum mengangkat takbir baginda mengingatkan sesuatu sambil beredar. Baginda bersabda kepada kami: Berdirilah di tempatmu. Sementara itu kami masih berdiri menanti baginda sehinggalah baginda keluar kepada kami. Baginda telah membersihkan kepala baginda dengan air lalu bertakbir dan mendirikan sembahyang bersama kami.info
    Hadis Jabir bin Samurah r.a katanya: Apabila matahari telah tenggelam, Bilal segera mengumandangkan azan dan Bilal tidak akan mengiqamatkan sembahyang sebelum Rasulullah s.a.w keluar. Apabila melihat Rasulullah s.a.w keluar, lantas beliau mengiqamatkan sembahyang.info
webmaster@mymasjid.net.my