Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Masjid Dan Tempat Tempat Sembahyang > Bab Larangan Kepada Orang Yang Makan Bawang Putih, Bawang Merah, Bawang Muda Atau Seumpamanya Yang Mempunyai Bau Busuk Dari Pergi Ke Masjid Sehinggalah Hilang Bau Tersebut Atau Orang Itu Dikeluarkan Dari Masjid
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika dalam peperangan Khaibar: Sesiapa yang memakan dari pohon ini iaitu bawang putih maka janganlah dia memasuki masjid.info
    Hadis Anas r.a: Anas pernah ditanya mengenai bawang putih. Anas menjawab: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan jangan sembahyang bersama kami.info
    Hadis Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang makan bawang merah dan bawang muda. Oleh kerana terpaksa memakannya lalu kami memakan. Kemudian baginda bersabda: Sesiapa yang makan dari pohon yang tidak sedap ini iaitu berbau busuk maka janganlah dia mendekati masjid kami kerana para Malaikat juga akan terhidu bau busuk sebagaimana manusia.info
    Hadis Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Aku tidak pernah bertanya Rasulullah s.a.w dalam satu-satu masalah sebagaimana aku tanyakan tentang masalah Kalalah iaitu seorang yang mati tanpa meninggalkan ayah atau anak, suatu masalah yang selalu aku pertanyakan Rasulullah s.a.w sehinggakan ada orang yang menunjukkan tangannya ke dadaku seraya berkata: Wahai Umar! Adakah masih belum memadai bagi kamu dengan turunnya ayat As-Saif iaitu musim kemarau yang terletak di akhir Surah An-Nisa'. Sesungguhnya aku sekiranya dikurniakan umur panjang akan menghukumkan perkara ini dengan hukuman yang sama samada orang itu membaca Al-Quran atau tidak. Kemudian beliau berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku meminta Engkau menjadi saksi kepada para pemimpin di segenap pelusuk negeri. Sesungguhnya aku mengutuskan mereka adalah supaya mereka berlaku adil terhadap manusia, mengajarkan manusia ilmu agama, sunnah Nabi mereka, membahagikan sesama mereka harta hasil rampasan perang dengan jujur dan menyelesaikan segala permasalahan yang mereka anggap sulit. Kamu semua makan dari dua pohon yang aku rasa adalah pohon yang busuk iaitu bawang merah dan bawang putih. Aku telah menyaksikan Rasulullah s.a.w apabila mendapati bau kedua pohon itu dari seseorang dalam masjid, maka beliau akan menyuruh orang tersebut supaya keluar ke Baqi'. Sesiapa yang ingin memakannya maka hendaklah dia memasaknya terlebih dahulu.info
webmaster@mymasjid.net.my