Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Tafsir > Kitab Tafsir
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ketika diperintahkan kepada Bani Israel: Masuklah ke pintu gerbang kampung Nabi Musa atau pintu yang ke lapan di Baitulmuqaddis sambil sujud dan ucaplah Hittatun. Yang bermaksud: Bebaskanlah kami dari dosa, nescaya dosa-dosa kamu akan diampunkan. Tetapi mereka menukar iaitu tidak mengikut arahan tersebut. Mereka memasuki pintu secara perlahan-lahan dan mengucapkan Habbatun fi Sya'ratin. Yang bermaksud: Biji dalam rambut.info
    Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya Allah s.w.t telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w sebelum tiba hari kewafatan baginda sehingga baginda wafat. Wahyu yang paling banyak diturunkan adalah pada hari kewafatan Rasulullah s.a.w.info
    Hadis Umar r.a: Diriwayatkan daripada Toriq bin Syihab r.a katanya: Orang-orang Yahudi berkata kepada Umar r.a: Kamu semuanya membaca sepotong ayat yang sekiranya ayat tersebut turun kepada kami nescaya kami akan jadikan hari tersebut sebagai satu Hari Raya. Umar segera menjawab: Aku amat mengetahui di mana ayat itu diturunkan serta bila ia diturunkan dan di mana Rasulullah s.a.w berada ketika ia diturunkan. Ayat tersebut diturunkan di Arafah. Ketika itu Rasulullah s.a.w sedang wuquf di Arafah. Sufian berkata: Aku tidak pasti adakah ayat tersebut diturunkan pada hari Jumaat ataupun tidak. Ayat yang dimaksudkan ialah الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Urwah bin Az-Zubair katanya: Urwah bertanya kepada Saidatina Aisyah mengenai firman Allah وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ Yang bermaksud: Sekiranya kamu tahu kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Saidatina Aisyah menjawab: Wahai anak saudaraku dia ialah anak yatim yang hidup bersama walinya (penjaga), makan dari harta walinya (penjaga). Apabila dewasa walinya (penjaga) tertarik dengan harta dan kecantikkannya dan ingin mengahwininya tanpa memenuhi mas-kahwin yang biasa diberikan kepada gadis lain. Oleh sebab itu, para wali (penjaga) tidak dibenarkan mengahwini anak-anak yatim melainkan mereka berlaku adil kepada anak-anak yatim dan memberikan mas-kahwin lebih banyak daripada gadis lain dan mereka diperintah mengahwini gadis yang sesuai dengan mereka selain anak-anak yatim itu. Urwah menyambung lagi, Saidatina Aisyah berkata: Kemudian sahabat bertanya Rasulullah s.a.w tentang fatwa berhubung dengan anak-anak yatim selepas turunnya ayat ini. Allah menurunkan ayat يَسْتَفْتُونَكَ فِي النِّسَاءِ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِيهِنَّ وَمَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ فِي يَتَامَى النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا تُؤْتُونَهُنَّ مَا كُتِبَ لَهُنَّ وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ Yang bermaksud: Mereka semua bertanya meminta fatwa tentang perempuan, beritahulah kepada mereka bahawasanya Allah memberi fatwa kepada kamu berhubung dengan masalah mereka iaitu anak-anak yatim dan apa yang telah dibaca kepada kamu dalam Al-Quran mengenai masalah anak-anak yatim perempuan yang kamu tidak berikan kepada mereka harta mereka dan kamu mahu mengahwini mereka. Aisyah berkata: Firman Allah Taala يُتْلَى عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ Yang bermaksud: Dibacakan kepada kamu dalam kitab, merupakan ayat pertama yang disebut oleh Allah tentang perkara ini. Firman Allah Taala وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ Yang bermaksud: Sekiranya kamu tahu tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak yatim maka hendaklah kamu mengahwini perempuan (lain) yang setaraf dengan kamu. Asiyah berkata lagi: Firman Allah dalam ayat yang lain وَتَرْغَبُونَ أَنْ تَنْكِحُوهُنَّ Yang bermaksud: Dan kamu ingin mengahwini mereka seperti seorang yang tidak ingin mengahwini anak-anak yatim perempuan yang miskin yang tinggal bersama mereka. Oleh itu mereka ditegah mengahwini gadis-gadis yatim kerana ingin memiliki hartanya dan kecantikannya melainkan mereka berlaku adil lantaran mereka tidak ingin mengahwini gadis-gadis yatim yang miskin.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Tentang firman Allah وَ مَنْ كَانَ فَقِيْرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ Yang bermaksud: Sesiapa iaitu wali (penjaga) yang menjaga anak-anak yatim yang miskin bolehlah dia makan dari harta anak yatim peliharaannya dengan baik, dengan katanya: Ayat ini diturunkan kepada wali (penjaga) harta anak yatim yang mengurus harta mereka. Mereka boleh mengambil harta tersebut sekiranya dia amat berhajat menggunakan wang tersebut.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Ia Menerangkan firman Allah s.w.t إِذْ جَاءُوكُمْ مِنْ فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ Yang bermaksud: Apabila mereka iaitu orang kafir mendatangi kamu dari sebelah atas dan bawah kamu, apabila pemandangan kamu menjadi kabur dan hari kamu bergementar kerana ketakutan, dengan katanya: Ini mengisahkan tentang peperangan Khandak.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Tentang firman Allah Taala وَإِنِ إمْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا Yang bermaksud: Sekiranya seorang wanita takut suami membencinya atau tidak mahu melayaninya. Saidatina Aisyah r.a berkata: Ayat ini diturunkan pada masalah seorang perempuan yang telah berkahwin dengan seorang lelaki, sesudah sekian lama, suaminya ingin mencerainya, lalu wanita itu berkata: Jangan ceraikan aku dan kamu ku bebaskan dari kewajipan-kewajipan terhadapku, maka turunlah ayat ini.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Jubair r.a katanya: Ahli Kufah telah berselisih pendapat tentang ayat وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ Yang bermaksud: Sesiapa yang membunuh seorang mukmin secara sengaja maka balasannya adalah Neraka Jahanam. Lalu aku pergi menemui Ibnu Abbas dan bertanya mengenai ayat tersebut. Ibnu Abbas memberitahu Ayat tersebut merupakan ayat yang terakhir diturunkan, oleh itu tidak ada yang menasakhkannya.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Serombongan orang-orang mukmin telah menemui seorang lelaki yang sedang menggembala kambingnya, lalu mereka memberi salam السلام عليكم dan memegangnya kemudian membunuhnya serta mereka mengambil kambing-kambingnya. Maka turunlah ayat info
    Hadis Al-Bara' r.a katanya: Golongan Ansar apabila mereka mengerjakan Haji kemudian mereka pulang dan (apabila sampai di rumah) mereka tidak memasuki rumah melainkan melalui pintu belakang. Al-Bara' menceritakan lagi: Pada satu ketika, seorang lelaki dari golongan Ansar telah memasuki rumah melalui pintu hadapan, maka ada orang bertanya kepadanya tentang perbuatannya itu, lalu turunlah ayat وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا Yang bermaksud: Tiada sebarang kebaikan mengikut sangkaan kamu memasuki rumah melalui pintu belakang.info
webmaster@mymasjid.net.my