Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Takdir > Kitab Takdir
    Hadis Anas bin Malik r.a: Secara marfuk baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatat semasa dalam perut ibunya lagi.info
    Hadis Sayidina Ali k.w katanya: Ketika aku mengiringi jenazah di perkuburan Baqi' Al-Gharqad (di Madinah). Lalu Rasulullah s.a.w menghampiri kami lantas baginda duduk dan kami juga duduk di sekitarnya. Baginda memegang sebatang tongkat dan menghentakkan tongkat itu ke tanah. Baginda kemudiannya menggariskan tanah dengan tongkat tersebut dan bersabda: Setiap orang dari kamu, setiap jiwa yang bernafas telah ditentukan oleh Allah s.w.t tempatnya di Syurga atau di Neraka. Begitu juga nasibnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t, apakah dia mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Sayidina Ali k.w berkata: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Kenapa kita tidak menunggu ketentuan kita terlebih dahulu kemudian barulah memulakan amal ibadat? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kebahagiaan, sudah pasti dia mudah melakukan amalan golongan bahagia. Begitu juga sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kecelakaan, dia juga sudah pasti mudah melakukan amalan golongan celaka. Baginda bersabda lagi: Lakukanlah amalan kerana segala-galanya dimudahkan. Golongan yang mendapat kebahagiaan akan dimudahkan melakukan amalan golongan yang mendapat kebahagiaan. Manakala golongan celaka pula akan dimudahkan melakukan amalan golongan celaka. Seterusnya baginda membaca ayat ÝóÃóãøóÇ ãóäú ÃóÚúØóì æóÇÊøóÞóì æóÕóÏøóÞó ÈöÇáúÍõÓúäóì ÝóÓóäõíóÓøöÑõåõ áöáúíõÓúÑóì æóÃóãøóÇ ãóäú ÈóÎöáó æóÇÓúÊóÛúäóì æóßóÐøóÈó ÈöÇáúÍõÓúäóì ÝóÓóäõíóÓøöÑõåõ áöáúÚõÓúÑóì Yang bermaksud: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan Syurga. Sebaliknya orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasakan cukup dengan kekayaannya dan kemewahannya serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan.info
    Hadis Imran bin Husain r.a katanya: Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui penghuni Syurga dan penghuni Neraka? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya. Sahabat bertanya lagi: Kalau begitu untuk apa amalan dilakukan? Rasulullah s.a.w menjawab: Segala-galanya akan dimudahkan berdasarkan kepada untuk apakah beliau dijadikan.info
webmaster@mymasjid.net.my