Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku telah keluar musafir bersama Jarir bin Abdullah Al-Bajali. Beliau ingin melayani aku, tetapi aku berkata kepadanya: Kamu jangan melayaniku. Maka beliau berkata: Sesungguhnya aku melihat orang Ansar melakukan sesuatu untuk Rasulullah s.a.w, semenjak itulah aku bersumpah akan melayani setiap orang Ansar yang berada bersamaku.
