Hadis Ibnu Abbas r.a: Ketika Rasulullah pergi ke tandas aku meletakkan air untuk baginda berwuduk. Setelah keluar baginda s.a.w bertanya: Siapakah yang menyediakan air ini? Dalam setengah riwayat Zuhair dan dalam setengah riwayat lagi Abu Bakar. Aku menjawab: Ibnu Abbas. Baginda s.a.w berdoa: Ya Allah, pandaikanlah beliau dalam ilmu agama.
