Hadis Anas r.a katanya: Nabi s.a.w tidak pernah menemui seseorang wanita pun selain dari isteri-isterinya kecuali Ummu Sulaim. Ketika Nabi s.a.w ditanya, baginda s.a.w menjawab: Aku menghormatinya, lantaran saudaranya terkorban ketika bersamaku.
Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam Syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal.
