Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Aku diberitahu, sesungguhnya Jibril telah datang menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda berada bersama Ummu Salamah. Setelah bercakap-cakap, Nabi s.a.w berdiri dan berkata kepada Ummu Salamah: Siapakah beliau? Mungkin juga Nabi s.a.w bertanya dengan maksud yang sama. Ummu Salamah menjawab: Ini adalah Dihyah. Ummu Salamah berkata: Demi Allah aku tidak mengetahui siapakah orang itu sehinggalah aku mendengar khutbah Rasulullah s.a.w dan baginda menceritakan peristiwa kami atau mungkin juga maksudnya begitu.
