Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Kelebihan Abdullah Bin Jaafar R.a
    Hadis Abdullah bin Jaafar r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Mulaikah katanya: Abdullah bin Jaafar telah berkata kepada Ibnu Az-Zubair r.a: Adakah kamu masih ingat semasa kita bertemu Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku, kamu dan Ibnu Abbas bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ibnu Az-Zubair menjawab: Ya, baginda mengambil kami dan meninggalkan kamu.info
    Hadis Abdullah bin Jaafar r.a katanya: Kebiasaannya Rasulullah s.a.w apabila pulang dari musafir akan disambut oleh kanak-kanak dari kalangan anggota keluarga baginda. Satu hari baginda kembali dari musafir aku mendahului menyambut baginda, lalu aku dikendong oleh baginda. Setelah itu salah seorang dari anak baginda iaitu Fatimah datang lalu membonceng di belakang baginda. Kemudian kami bertiga menunggang binatang memasuki Kota Madinah.info
webmaster@mymasjid.net.my