Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Bab Sebahagian Dari Kelebihan Othman Bin Affan R.a
    Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w sedang menguis tongkatnya di atas tanah yang berair di dalam salah sebuah kebun atau taman di Madinah datang seseorang ingin menemui Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w berkata: Bukakanlah pintu dan sampaikan kepadanya khabar gembira tentang Syurga, aku terus pergi dan mendapati orang itu adalah Abu Bakar. Aku mempersilakan beliau masuk dan menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang seorang lagi meminta supaya dibukakan pintu. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikan khabar gembira kepadanya mengenai Syurga. Aku pergi untuk membukanya dan mendapati orang itu adalah Umar lalu aku menpersilakannya masuk dan menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang lagi seseorang meminta supaya dibukakan pintu, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikanlah khabar gembira tentang Syurga atas musibah yang akan menimpanya. Aku pergi menemui orang itu, ternyata beliau adalah Othman bin Affan, maka aku bukakan pintu untuknya dan sampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: Ya Allah, berilah aku kesabaran. Hanya Allahlah tempat meminta pertolongan.info
webmaster@mymasjid.net.my