Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a > Kitab Kelebihan Para Sahabat R.a
    Hadis Abu Said r.a: Ketika Rasulullah s.a.w berada di atas mimbar, baginda s.a.w bersabda: Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, samada beliau ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah. Setelah itu Abu Bakar menangis dan berkata: Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku. Abu Said berkata: Rasulullahlah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, akan tetapi beliau merupakan saudaraku di dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar di antara dua buah rumah untuk Abu Bakar.info
    Hadis Amru bin Al-As r.a: Rasulullah s.a.w mengutus beliau iaitu Abu Bakar r.a untuk menghadapi tentera Zatu As-Salasil. Aku bertanya baginda, siapakah orang yang paling dicintai. Rasulullah s.a.w menjawab: Aisyah. Aku bertanya: Siapakah pula dari orang lelaki? Baginda s.a.w menjawab: Ayahnya iaitu Abu Bakar r.a. Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: Umar. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang sahabat yang lain.info
    Hadis Jubair bin Mut'im r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jubair bin Mut'im r.a daripada ayahnya bahawa: Seorang perempuan bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu perkara, tetapi Rasulullah s.a.w menyuruhnya datang pada lain kali. Lalu perempuan itu bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah sekiranya aku datang, tetapi kamu tiada. Ayahku berkata: Perempuan tersebut seolah-olah bermaksud jika baginda wafat. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku tiada maka temuilah Abu Bakar.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w berkata kepadaku semasa baginda sakit: Panggilkan Abu Bakar dan saudara lelakimu untuk ku. Aku ingin menulis sepucuk surat, kerana aku bimbang terhadap orang-orang yang menentang akan berkata: Akulah orang yang paling berhak, sedangkan Allah dan orang mukmin tidak reda melainkan Abu Bakar.info
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki memukul lembunya yang sedang membawa barang muatan, tiba-tiba lembu itu berpaling dan berkata: Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ini, tetapi aku diciptakan untuk membajak. Semua orang terkejut dan tidak percaya bahawa lembu boleh berkata-kata. Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang penggembala sedang mengawasi kambingnya, tiba-tiba seekor serigala menerkam ke arah kambingnya dan berjaya menangkap salah seekor dari kambingnya. Penggembala itu berusaha untuk menyelamatkan kambingnya itu tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba serigala itu berpaling dan berkata kepadanya: Siapakah pada pagi ini yang dapat menghalang dari serangan seekor binatang buas? Sedangkan hari ini tiada penggembala selain dari aku. Semua orang terkejut dan tidak percaya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya.info
webmaster@mymasjid.net.my