Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haid > Bab Perempuan Berdarah Istihadhah Iaitu Diluar Waktu Haid, Mandi Dan Sembahyangnya
    Hadis Aisyah r.a katanya: Fatimah binti Abu Hubaisy telah datang menemui Nabi s.a.w lalu bertanya: Wahai Rasululah! Aku adalah perempuan yang berdarah Istihadhah iaitu darah penyakit maka aku tidak suci. Adakah aku mesti meninggalkan sembahyang? Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Darah tersebut ialah darah penyakit bukannya haid, apabila kamu didatangi haid maka kamu hendaklah meninggalkan sembahyang. Apabila darah haid berhenti dari keluar, maka kamu hendaklah mandi dan mendirikan sembahyang.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Ummu Habibah binti Jahsyin telah meminta fatwa dari Rasulullah s.a.w kemudian berkata: Aku ini perempuan yang berdarah istihadhah iaitu darah penyakit. Maka Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Sesungguhnya itu adalah darah penyakit, maka hendaklah kamu mandi kemudian sembahyang malah kamu hendaklah mandi pada setiap waktu sembahyang.info
webmaster@mymasjid.net.my