Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Membunuh Ular Dan Selainnya
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w menyuruh supaya membunuh ular kerana binatang tersebut boleh membutakan pandangan mata dan mencelakakan kandungan.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w bersabda: Bunuhlah ular-ular berbisa dan ular-ular yang jahat kerana keduanya boleh menggugurkan kandungan dan membutakan pandangan mata.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Kami pernah bersama Nabi s.a.w di dalam sebuah gua. Di dalam gua tersebut, Allah berfirman kepada baginda: Demi Malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan. Kami berhasrat untuk mengambil buah kurma yang berada di depan gua tersebut, tiba-tiba keluar seekor ular. Nabi s.a.w bersabda: Bunuhlah ular itu. Kami bergegas untuk membunuhnya, namun ular tersebut sangat pantas sehingga terlepas. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda: Rupanya Allah telah melindunginya dari kejahatan kamu, sebagaimana Allah telah melindungi kamu dari kejahatannya.info
webmaster@mymasjid.net.my