Hadis Anas r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda: Tidak ada istilah berjangkit dan tidak ada tanda atau firasat kesialan dan yang menghairankan aku ialah kalimat yang baik, kalimat yang bagus.
Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Kesialan itu ada pada rumah, pada wanita dan pada kuda iaitu kenderaan.
Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Kalau memang kesialan itu ada, maka kesialan itu ada pada wanita, pada kuda iaitu kenderaan dan pada tempat tinggal.
