Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Salam > Bab Harus Memboncengkan Wanita Bukan Mahramnya Yang Kesusahan Di Jalan
    Hadis Asma' binti Abu Bakar r.a katanya: Az-Zubair telah mengahwini aku. Beliau tidak memiliki harta atau saudara mara dan apa-apa pun di bumi ini kecuali kudanya. Oleh itu, akulah yang memberi makan kudanya, mencukupi bahan makanannya, mengurusnya, menumbukkan biji kurma bagi pengairannya, memberinya makan, meminumkan air, menjahit timbanya dan membuat adunan rotinya. Sementara itu, aku tidak boleh membuat roti dengan baik. Oleh sebab itu, para tetanggaku serta kaum wanita Ansar tolong membuatkan roti untukku, mereka adalah para wanita yang tulus. Aku biasanya memindahkan biji kurma dari tanah Az-Zubair yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w dengan menjunjungnya di atas kepalaku. Tanah itu jauhnya kira-kira dua pertiga farsakh iaitu satu batu dari kota. Pada suatu hari aku datang dengan membawa biji kurma di atas kepalaku, lalu aku bertemu dengan Rasulullah s.a.w bersama beberapa orang sahabat. Baginda memanggilku, kemudian mengucapkan: Ikh, ikh iaitu ucapan untuk memberhentikan unta. Baginda bermaksud supaya aku membonceng baginda dari belakang. Asma' berkata: Aku merasa malu dan aku mengerti kecemburuan mu. Az-Zubair berkata: Demi Allah! Engkau menjunjung biji kurma di atas kepalamu adalah lebih berat daripada engkau menunggang bersama baginda. Sesudah itu, Abu Bakar menghantar seorang hamba. Hal itu, membuatkan aku tidak lagi menguruskan kuda, seolah-olah membebaskanku.info
webmaster@mymasjid.net.my